rama...

rama...

Sunday, 17 April 2011

Makan keropok lekor Kemaman...

Salam..apa khabar ,hari nie hari ahad anak tak sekolah,hubby ada kat rumah ee.ee.seronak rasanya kalau hari minggu nie..Hari nie kami tak ada aktiviti nak dibuat,perancangannya awal pagi tadi nak gie jogging tapi my hubby dan anak tak nak pergi jadi dok teperak kat rumahlah.Nak dijadikan cerita adik akak,si ayah mie dia nak gie krusus jadi akak pun ambil kesempatanlah nak bodek my hubby ehe..eh...lama-lama makan jugok bodek akak nie..ha..ha..Selepas makan tengahari,lebih kurang pukul 2.00 ptg kami bertolak ke Kemaman ,dia nak krususnya kat INTAN .Nak kesana taklah jauh sangat dari Kuantan ke Kemaman...lebih kurang 2 jam itupun pergi balik.Sesampai disana ,dia pergi chek-in ,kita orang tunggu kat luar ajelah selesai semuanya akak ambil kesempatanlah jalan-jalan sekitar kawasan INTAN .Tempat tu betul-betul berhadapan pantai...apa nama pantainya tadi..e..eee...aa..Pantai Teluk Mok Nik ok jugok tempatnya untuk minum-minum petang sambil makan keropok lekor gan kuih malas @ jeput malah (itu nama glemour kiuh tu kat kampung mummy bachok tapi orang kat kemaman panggil jeput sayur apa-apa bolehlah ye bendanya sama aje cuma panggilnya berbeza-beza...)Sambil makan tu sempat lagi bergambarnya .....

Kalau dok kat pantai tak sah tak minum air nyiur wak hilang dahaga...ada nyiur susu dan hok biasa...pilih yang mana satu...sambil make keropok lekor gan  jemput malah...










Anak akak kalau bab-bab makan nie...tak ingat dah orang kat belakangnya sama macam ayahnya...he..he...





Saturday, 16 April 2011

rojak mee...tok ma yo

Hari nie first time nak masak rojak nak tukar selera asyik dok makan nasi aje...kalau nak tahu , buat rojak nie terlintas apabila kami sekeluarga nak pergi makan rojak kat kedai mamat .Sesampai disana mamat tu cakap rojak dah habis jadi kempunanlah kita orang.My hubby bagi idea..apa kata besok suruh ibu buat rojak,tapi aku tak berapa pandai sangat nak membuatnya.Resepinya ada tapi tak pernah praktikkannya he..he..bukannya apa kan kedai mamat dekat rumah jadi faham-faham ajelah terasa nak makan rojak berkunjunglah kita sekeluarga ke kedai tu.Kalau nak tahu resepi tu Tok Ma yang bagi dah lama  jadi masa nielah nak mencubanya.Bawah nie ada  aku  letakkan foto-fotonya bukannya apa niekan first time nak buat nak simpanlah gambar-gambarnya..ok..jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan..Disini akak tarukkan ubi kentang sikit untuk memekatkan kuahnya.Setengah orang dia taruk kacang aje tapi nie cara akak lain sikit he.he..lain orang lain caranya.











Setelah semuanya siap  masa untuk menghidangkannya....ops..nie tak ada telur rebus..tak sempat nak pergi beli telur dah..jadi akak hidang apa yang ada ajelah..he..he..ok jugakkan










Anak akak dah tak sabar-sabar nak mencubanya tunggu kejap ye...yo..nanti mummy hidangkan .Walaupun ianya tak sehebat rojak mamat tapi bolehlah nak makannya...my hubby cakap ok....cukuplah ...thank darling I LOVE YOU...muah.....





Friday, 15 April 2011

majlis pertukaran....

Disini ada aku nak muatkan foto-foto yang diambil pada malam majlis perpisahan kawan  ..lupa nak di masukan, ianya diadakan pada akhir bulan march kat kita punya Mess Pegawai .Jemputan taklah ramai sangat hanya yang hadir kawan-kawan rapat aje lebih kurang dalam 100 orang tu pun sekali gan kumpulan band yang mengiringi persembahan pada malam itu.Macam biasalah, habis makan ...menarilah...malam tu aku tak join dia orang menari penatlah..Nasib baik ada kawan yang sekepala dok sembang gan dialah..yang lain asyik dok menari....lupa dunia kejap...biasalahkan ..ha..ha..aku pun minat jugok menari nie..tapi badan malam tu tak berape sihat...tak rehat beberapa hari nie...nak kata banyak kerja taklah jugak,tapi adalah kerja-kerja yang hendak diselesaikan.Jadi ,jomlah kita tengok gambar-gambarnya....jeng-je-jeng...


















Wednesday, 6 April 2011

sayur lemak...favorite ku

salam...apa khabar..aaa...baru siap masak tuk makan tengahari.Sambil tunggu hubby balik sempat lagi bukak nie.Bukannya apa ,nak tengok apa-apa yang berlaku hari nie sbb tak beli paper he..he..sambil-sambil tu akak nak kongsi resepi apa yg akak masak hari nie..Kalau nak tahu hari nie akak masak sayur lemak terung, goreng udang dan ikan cencaru berlada tumis....itu aje simplekan.Resepinya mudah,cepat dan sodap dimakan he..he...

Nie..gambar sayur dan udang yang tengah dimasak...berpeluh-peluh dibuatnya.Sayur lemak tu selalunya mummy masukkan ikan yang direbus tapi hari nie tak de ikan jadi aku masukkan ikan bilis aje kena tumbuklah dulu.Potong memanjang bawang besar sebelah dah cukup,potong lada selalunya lada yang aku guna macam kat bawah tu pernah tengok tak lada macam tu.. kat kg aku orang panggil lada solok rasanya lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan lada yang lain,lepas tu ...ambil santan ditaruh dlm periuk,masukan sayur terung,lobak merah,kubis dan bahan tadi .Lalu dimasakan diatas dapur gan api sederhana. Jangan lupa taruk garam ye..Nampak sayur dah masak angkatlah ye..jangan bagi lama-lama tak sedap rasanya,..







Sekarang tunggu nak menghidangnya....






Tuesday, 5 April 2011

Buat mee sup..

Malam nie nak makan ape ye..laut tadi masih ada lagi..tapi anak akak kata tiap-tiap hari makan nasi tak naklah..eee...budak-budak zaman sekarang lain gan kita dulu ye..akak cuba gie selongkar dalam peti kot-kot ada benda yang boleh dibuat. Aaaa....nasib baiklah ada mee boleh dibuat sup untuk malam nie.Tadi ada akak buat sup tulang ada lagilah lebihan kuahnya bolehlah dibuatkan mee sup untuk dimakan malam nanti.Sambil tunggu nak masuk waktu magrib tu akak potong2lah apa yang patut...Lepas tu buat kuahnya pulak.dan masukkanlah sayur-sayurnya.Boleh tahan jugok rasanya..he.hee puji diri sendiri biasalah kan sapo lagi nak puji diri kita.Sebelum makan tu sempat lagilah ambil gambarnya..nak buat kenangan katakan..ha..ha..



sup tulang.....

Pagi-pagi lagi my hubby gie pasar katanya nak cari tulang lembu, lama katanya tak makan sup.Tapi hari tu akak rasa kita dah makan sup kat kedai Setali Conner kan..My hubby cakap sup tu lain ..nie nak rasa air tangan isterinya pulak...emm..oklah yang....hari nie akak nak buat special untuk dia je..he..he...Buat sup nie walaupun nampak ringkas tapi nak memasaknya makan masa berjam-jam barulah dagingnya lembut dan sedap dimakan.Sini ada resepinya ..untuk my sisters cuba buat ye..nanti kalau nak buat tak payah dok call tengok sini aje ok...




Bahan-bahannya:
1   peket sup tulang adabi
10 ulas bawang merah - dicincang dan digoreng (simpan sikit buat hiasan)
2   ulas bawang putih - dicincang
sedikit halia - diketuk
sedikit lada hitam - ditumbuk
sedikit ajinamoto 
garam secukup rasa

cara-caranya:

Mula-mula ambil tulang lembu dibasuh dan ditoskan kalau boleh basuh  tu biar sampai bersih biar nampok putih ,jangan kemerah-merahan sbbnya dlm tukan ada darahnya..sbb tu akak suruh basuh bersih-bersih... klau orang yg ada darah tinggi tak elok untuk kesihatan.Lepas tu rebus atas dapur dengan api yang kuat....bagi dia kelur semua air dalam daging tu dan masukkanlah semua bahan-bahan tadi...Rebuslah lebih kurang 2jam lebih tengok atas daging tulah dah lembut ke belum...ok..Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng tadi..Ringkas dan mudah..tunggu masa tuk makan....jom...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...