rama...

rama...

Thursday 23 January 2014

daging goreng special punya

Hari nie aku masak simple aje .Hubby dah outstation ,jadi tinggal kami dua beranak aje.Masak banyak laut bukannya ada orang nak perabiskan.Tak payah fikir panjang masak simple aje .Anak laki aku tu memang suka sangat masakan yang berasaskan daging sama gan ayahnya ,maknya yang kurang sikit .Tulah yang terhasilnya resepi dibawah nie.Sememangnya semua orang pandai masak nie..Saje je...simpan buat koleksi untuk tatapan adik-adik aku yang baru nak belajar masuk dapur tu...


Daging Goreng Kacang Buncis



Bahan-bahannya:
1/2 kg daging -tanpa urat
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
4 biji cili kering *
kacang buncis
lada -hiasan
garam
gula
kunyit.

Cara-caranya:
Mula-mula perapkan daging gan garam dan kunyit selama 10minit.Panaskan minyak masukan daging tadi gorengkan.Kalau daging tu masih liat lagi masukan air sedikit.. Masak lebih kurang 20 minit hingga ia betul-betul lembut.Blenderkan yang bertanda * . Dalam kuali berasingan tumis bahan blender sampai naik minyak dan masukkan daging tadi.Bolehlah masukan sedikit garam dan gula dan boleh dihidangkan.


Wednesday 22 January 2014

jom gie santai...

Eh...eh...hari dah masuk 22 haribulan ,dah nak habis bulan Januari 2014..kejap rasanya.Macam semalam baru sambut tahun baru...eee..ee..Disebabkan aku nie asyik sibuk berpanjangan dengan kerja entah apa-apa. Nak kata masuk pejabat tak lah...sibuk sangat ke?...oklah tinggal ajelh cite tu...Pada tahun nie aku dah ubah aktiviti harian yang selalu sibuk entah kemana tu dengan aktiviti riadah yang ada manfaatnya juga. Pada setiap minggu aku akan memperuntukkan tiga atau dua hari untuk keluar beriadah tak kisahlah jogging ke atau apa-apa aje. Dapat juga keluarkan peluh di badan nie..Badan aku pun sekarang dah semakin berisi...he..he...hari nie permulaannya..jom..kita ...

Susana pemandangan yang menyejukan mata yang memandang....ummm....disekitar tasik kem Galing. Kawasan nielah tempat aku berpusing-pusing 2..3..kali hingga berpeluh-peluh...

Hari nie keluar sambil ditemani anak terunaku...dah siap berjogging singah kejap kat tasik.Tengok ikan makan...





Tuesday 21 January 2014

selamat tahun baru 2014....



Belum terlewat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kat kawan-kawan semua .Pejam celik...pejam celik dah sampai penghujung tahun. Pada detik 12 malam berdetum bunyi mercun disemua tempat . Sekarang dah jadi trand kalau masuknya tahun baru mesti ada bunyi mercun .Dulu kalau nak dengar mercun yang kuat-kuat gini tunggulah tahun baru cina barulah ada.Sememangnya banyak azam aku pada tahun baru nie. Kalau nak dituliskan sini tak cukup ruang jawapnya.Tapi yang paling aku harapkan tahun ini... Allah akan memberi kemurahan rezeki, keberkatan dan keredaan kepada keluargaku dalam meneruskan kehidupan dibumiNya ini. Pada tahun ini juga aku memohon dariMU..YaAllah...berikanlah kesihatan tubuh badan yang baik kepada kedua ibubapa ku..semoga mereka dapat pergi menunaikan haji dengan mudah. Sebab tahun nie nama mereka berdua dah ada...insyallah segalanya dipermudahkan...Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...