rama...

rama...

Sunday 28 April 2013

Pesta Buku 2013

Dibawah aturcara Perkap IP Briged Tenggara PGA pada 27.4.2013 iaitu Sabtu, aku dengan anak kesayangan mengikuti rombangan ke pameran buku antarangsa di PWTC .Ramai juga anak-anak polis yang ikut serta. Aku tengok bukan main happy lagi budak-budak nie, termasuklah anak aku...he..he...penuh satu bas.Anak aku pula pertama kali nak naik bas gan kawan-kawannya...happy sangatlah dia...Dah dua tiga hari dok asyik sebut 'bila lagi nie nak bertolaknya...yoe tak sabar nie.'...ha.ha..Perasaan aku pun sama macam budak-budak nie ..seronok..dapat gie gan kawan-kawan...kaum ibu semuanya....Sampai kat sana banyak juga buku yang aku borongnya...opsss  lupa, hubby aku pun ada ikut sama .Kami 'ralik' memilih buku yang mana satu hendak dibeli boleh dikatakan setiap kios yang kami singgah nak dibelinya buku...opss sabar...gila tengok terlampau banyak sangat buku dan harganya yang berpatutan...Aku pantang tengok buku resepi ,apa lagi belilah .. tak kisah lama atau yang baru. Selepas puas dok merayap dalam tu Penyelaras Perkap IP cadangkan bawa budak-budak ke Muzium PDRM. Bila lagi nak ke muzium polis nie kalau bukan dengan lawatan ramai-ramai macam nie .Nak pergi sendiri rasanya tak kot..he..he...



bersama kanak-kanak riang Kem Galing




Buku yang sempat aku beli.......



abg yoe dengan gengnya



di Muzium PDRM :








Saturday 20 April 2013

mula kambali...

Permulaan tahun nie, aku agak slow sikit...malas nak pok..pek.pok..pek..Sekarang mood dah datang balik perasan rindu gan mummylife datang tiba-tiba.Pada bulan Jan 2013 keluarga kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan dimana nenek aku sebelah maa sudah kembali ke rahmatulAllah...AL- Fatihah..semoga roh 'mek' ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..Selang masanya tidak lama dengan Atuk aku 'Chek'..sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka berdua dan pada bulan April kami dikejutkan pula dengan kematian kawan baik mek gan chik...yang kami panggil pak chu Awang..AL- Fatihah buat nya....Aku rasa penyebab inilah menyebabkan aku tak ada idea untuk pok..pek..pok..entah kenapa..hanya Allah yang mengetahui segalanya.Sekarang di kampung aku sudah tidak ada lagi orang tua yang dapat memberikan pandangan,teguran dan nasihat kepada kami orang-orang muda yang masih banyak lagi kena belajar.Bagi kami adik beradik Mek gan chik tidak dapat ditukar ganti..meraka datuk dan nenek yang paling kami sayangi .Banyak kenangan yang tidak dapat  kami adik beradik lupakan kerana mereka sudah tinggal sebumbung dengan keluarga kami semenjak kecil lagi, jasa meraka bersama ibubapa kami dalam sama-sama membesarkan kami adik beradik tidak akan kami lupakan...mereka berdua banyak mambantu kedua orang tua aku semasa dalam kesusahan dan kesedihan.Jutaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan ..permergian mu membuat kami sememangnya terasa kehilangan yang teramat sangat...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...