rama...

rama...

Wednesday 29 February 2012

Majlis

Diadakan pada 28.02.2012 hari Selasa....sempena pertukaran pegawai di Briged Tenggara ke luar dan kemasukan pegawai-pegawai baru.



























Wednesday 15 February 2012

makanan pelik

Salam...hari nie aku nak berperihal tentang makanan yang tak semua orang mengemarinya. Banyak orang,banyak ragamnya begitu juga bab-bab makan nie...setiap orang ada selera masing-masing walaupun rambut sama hitam selera masing-masing.Hari tu masa balik kampung adik aku ada belikan belut ,dia orang nie suka sangat makan belut buatlah apa-apa resepi dibedalnya ,tak kisahlah sedap ke tak. Aku kalau makan tu....memang tak tertelannya tapi tolong masak bolehlah. Jadi hari tu belut tu aku buat paperik ....nie ikut resepi aku sendiri aje. Sebab kat Kelantan kalau makan kat kedai memang belut di masaknya paperik atau sup .Sebelum tu belut kena dibersihkan biar betul-betul bersih sampai kita rasa dah hilang baun hanyirnya. Kalau ikut cara aku rendam gan asam jawa aje..lebih kurang 2..3..kali gitu...baru aku rasa ok...


Belut Paprik
resepi : mummylife76

Bahan-bahannya:
1 kg belut ( tak ingat dah berapa ekor)
6 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering - dimesin..(ikut selera nk pedas lebihkan)*
2 btg serai - diketuk / dipotong halus-halus*
3 helai daun limau purut
1 s.b sos ikan 
2 s.b soso cili
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah -hiasan

Cara-cara:
Semua bahan diatas yang bertanda * diblender .Masukkan minyak dan tumis semua bahan yang dah diblender tadi hingga pecah minyak. Masukan serai yang diketuk dan daun limau purut .Lepas tu masuklah belut tadi digaul rata jangan lama-lama sangat sebab belut nie isinya lembut Campaklah garam, gula., sos ikan, sos cili. Rasakan secukup rasa....ok  dah siap.......






Ok tu hal belut nie pula nak cite tentang belalang pula.Pernah dengar tak orang makan belalang. Ha...nie nak cite nie...masa kat kampung hari tu aku singgah kat rumah mak saudara aku. Kat atas meja rumahnya adalah dalam plastik benda yang pernah aku lihat tapi kat kedai tak ada jualnya.. tu belalangkan?.Dia kata belalang  nie kalau digoreng sedap dimakan gan nasi panas-panas....emm..mmm...biar betul...Rasa akulah, tak ramai orang yang ada cita rasa macam nie tapi kat kampung nie belalang siap diproses dan digoreng hanya beli dan bolehlah dimasak dengan apa resepi pun. Selain digoreng belalang nie boleh dimasak lemak pun best kata makcik akulah...pelik..pelik...tapi benar....






Monday 6 February 2012

puding raja...

Salam semua....pejam celik ,pejam celik bulan Januari dah pun  berakhir sekarang dah masuk bulan Feb...kejap aje masa berlalu. Oklah .. hari nie ada cerita best nak aku kongsikan disini..tentang puding yang sohor di negeri Pahang nie...rasa-rasanya semua orang tahukan...apa lagi puding rajalah.Sebelum nie aku asyik dok beli aje, bila rasa dah lama tak makan....tapi hari ini aku dah berjaya membuatnya dengan air tangan aku sendiri...he..he..bertapa happynya hati nie...Dengan bantuan internet inilah aku berjaya mendapat resepi puding tersebut. Sebelum nie aku dah search dalam google tapi ia tak berapa menepati citarasa aku .Lama jugelah dok researchnya ...barulah dapat resepi yang aku rasa ok. Aku rasa ramai dah yang try buat puding nie...jadi hari nie giliran  aku pula yang nak mencubanya..Dibawah ini ada aku copy dia punya resepinya...harap dihalalkannya....sumber : Portal Majlis Daerah Pekan.

Bahan-bahan
  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat 
Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.


    Ok...jadi inilah hasilnya...aku ikut satu persatu langkah-langkah diatas, cuma jala mas tu aku dah beli yang dah siap dah..senang sikit.....anak teruna dah tak sabar-sabar nak trynya..tengok-tengok dah berlubang kat tepi...nie tak de orang lain yang punya kerja...
    Belum sempat ibunya nak posing-posing puding tu....begitulah gelagak anak teruna aku ....














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...