rama...

rama...

Tuesday, 10 January 2017

Welcome 2017...bye..bye 2016 seindah mentari 🌞🌞🌞

As salamualaikum...permulaan tahun baru dengan semangat baru ,azam baru..Alhamdulillah Allah masih lagi memberi ruang untuk bernafaz diatas alam ciptaannya ini. Syukur padamu yaAllah. Tahun 2016 pergi berlalu dengan pantas banyak memori suka dn duka didalam lipatan minda.Yang manis akan diingat hingga ke akhir hayat tapi yang pahit akan aku buang dalam memori ,tidak mahu disimpan ia akan menganggu perjalanan hidup dalam tahun baru ini.Betul tak apa yang aku katakan..tapi lain orang lain caranya kan.Apa -apa pun selamat tahun baru buat pembaca-pembaca yang sudi singgah di teratak ku ini. Azam tahun nie banyak sangat tak dapat nak list ,yang tahun lepas masih ada lagi tak terlaksana jadi kita bawa untuk tahun nie pula..hi..hii tu yang jadi banyak sangat...Anda camana sama juga ke cam aku nie..oklah sekurang-kurangnya kita masih ada azam dan keinginan tuk berubah dan tuk mencapai sesuatu target yang kita tetapkan. Insyallah moga tahun ini semuanya terlaksana apa yang kita impikan.😊😊 AMinnn..

                     đŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’ŸđŸ’Ÿ
💟💟💟💟💟💟

Wednesday, 7 December 2016

sarapan apa ye ...


Hai..hai..hai..cuti sekolah dah berlalu dua minggu.Selalunya pagi-pagi tak ada kelam kabut nak kedapur .Tapi dalam dua minggu nie semenjak anak teruna ada kat rumah celek je mata soalan utama ditanya "Ibu masak apa pagi nie?"..aduhhhh jem dah kepala ibu nak mikirkan menu .Selalunya aku beli aje kat kedai nasi lemak ke ataupun roti canai mamok yang paling dekat gan rumah hi..hi...yang senang dicapai..

Tapi pagi nie rasa dh jemu makan menu yang sama aje. Bukan anak aje yg jemu maknya pun sama .Malas nak buat yang rumit-rumit pagi-pagi nie..cek jap dalam almari a..a.aa ada tepung gandum gan sambal daging .Sedap juga kalau buat lemping kan. Kebetulan hari tu Ma Chu ada bagi sambal daging .Rasanya mesti membles nie..Jomlah nak try buat dulu ..Harap mendapat sambutan...

😏😏😏😏😏😏
Da..da.... dah siap.. belum siap taruk inti dah ada yang nak tambah lagi kena pula dengan kopi seteko .apa-apa pun membles anak teruna cakap... pandai bodek ibu ye.
                                                              đŸŗđŸŗđŸŗđŸŗđŸŖđŸŖ🍚🍚

Wednesday, 11 May 2016

Nasi goreng Tomyam 🍚🍚🍚🍤🍤

Ini menu masakan semalam..Nak letak dalam nie lah sebab hari nie jari jemari ku nie rajin nak tip..tap..tip..tap..Bendanya simple aje, budak-budak boleh buat nie. Kalau nak tahu nie adalah salah satu nasi goreng fabret kami anak beranak.Kalau ada yang nie..nasi goreng lain ketepi dululah jawapnya..kan..kan.Eda..abg yo...betul tak..betul tak..betulllll...
Bahan-bahannya ringkas aje cam nasi goreng biasa cuma tambah  perencah tomyam,serai,daun limau. Kalau orang minat pedas leh tambah lada burung lebih ,cam kami tak minat pedas. Kalau pedas demo-demo nie kurang selero laluhlah .Boleh dengarlah pok..pek..pok..pek..sek dia dua beranak tu. Oklah nie resepinya ..abaikanlah deko-dekonya yang tak berapa lawa tu. Asalkan rasanya mengoncang jiwo kire oklh tu..hi..hi..


Nasi Goreng Tomyam ala cik yong



Bahan-bahannya:
Nasi - 2 mangkuk( ditanak awal)
Serai - 2 btg ( 1 dihiris halus, 1 diketuk)
Bawang putih - 3 ulas 
Cili padi - 3 biji jee
Perencah tomyam - 2 s.b (ikut jenama apa)
Pes cili thai - 2 s.b
Daun limau purut - 3 helai( diracik halus)
Kobis - dipotong halus
Lobak merah - dihiris halus
Sos sotong - 1 s.b
Sotong dan udang


Cara-caranya:
Sejukkan nasi ketepi. Panaskan kuali tumis bawang putih sampai garing. Lepas tu masukkan isi ayam masak sampai masak ye. Masukkan cili padi, sayur yang telah dipotong halus tadi. Selepas itu masukan perencah tomyam dengan pes cili. Letakan serai yang dihiris dan diketuk. Lepas tu masukkan air sedikit bagi nampak berkuah ,masukkan udang pula sekali dengan sos sotong dan bahan perasa yang lain. Biar nampak kering barulah dimasukan nasi. Digaul rata-rata..sampai sebati ye..ok siap bolehlh dihidang dengan bahan-bahan tambahan yang lain. Anak saya kena ada nugget baru ok katanaya. Ok selamat mencuba...



Tuesday, 10 May 2016

Pulut kuning Ma...👍👍

Kebetulan Ma ada kat rumah aku nie, inilah masanya nak merasa air tangan mama ku cayang. Bukan bodek ye..hi.hi . Nak kebetulan pula balik kampung hari tu ada beli beras pulut tapi aku tak berkelapangan nak membuatnya. Jadi nak jadi cerita Ma dengan rela hati nak buat tuk anak dan cucu kesayangannya. Tq Ma..💖
Aku sebenarnya bukan pandai sangat nak buat pulut kuning nie tambahan kalau dalam jumlah yang banyak. Selalunya tuk family aku,bolehlah sebab tak sampai bekilo buatnya. Tapi tuk hari nie, aku diarahkan big boss buat rendang. Ok aje Ma..bereh✌ .Apa lagi google lah jap nak cari resepi rendang yang terbaik..hi..hii.Akhirnya dapat tapi tak ingat nama tuan ampunya resepi tu.
Dekat dua kilo juga Ma buat pulut kuning . Habis semua beras yang aku beli hari tu...Maaaa...Katanya dia buat lebih tuk sedekah kat jiran tetangga aku..Emmm  oklah Ma..niat mesti ikhlas baru dapat pahala kan...kan..
Apa-apa jom kita skrolll gambarnya,tapi resepi nya tak ada . Kalau ada sapa-sapa nak buat meseg aje kat sini,tapi rasanya ramai orang yang pandai buat nie ,belambak resepi-resepi dalam internet cu try search....banyak kan..kan ...cuma rajin gan malas aje.
Kau orang nak tahu tak yang warna-warni dalam bekas kecik tu..aku yang buat hi..hii 😆 (dgn bangganya).. Apa-apapun jom layanzzz..






Monday, 9 May 2016

Hari ibu...đŸ‘ĩ💟💟💟



Every day is Mother's Day in Islam...💜💜
Love ,respect and obey her everyday...💛💛

Petikan diatas buat aku mengerti bahawasanya..tiap-tiap hari  adalah hari ibu. Sebab itulah bagi aku tiada istilah hari ibu. Setiap detik dan masa berlalu adalah hari-hari yang istimewa yang aku lalui bersama ibu tersayang .Tidak perlu menunggu tibanya sambutan hari ibu .Walaupun ada sesetengah orang mengangap hari ibu ini tidak perlu disambut malahan dikatakan berdosa. Itu pandangan masing-masinglahkan, tapi tidak salah kalau kita meraikannya tanpa melanggar batas-batas agama. 
Kebetulan dalam minggu nie..Ma gan Wan datang ke rumah .Kesempatan ini kami empat beradik yang tinggal berdekatan sempat melepaskan rindu dendam sebab dah banyak bulan kami berempat nie tak balik kampung. Jutaan kemaafan dipohon Ma.. Tapi, Ma aku nie seorang yang memahami dan tak pernah mendesak anak-anaknya...tq Ma..sayang Ma ketat-ketat.Petang semalam baru mereka berdua balik kampung.Rindu pula ..tiap-tiap pagi lepas subuh dengar dia orang duk ngaji .emm..rindunyaaa. Apa-apa pun Selamat Hari Ibu Ma...sayang ma...muah..muah 😚😚😘😘💓💓





Sunday, 8 May 2016

Bersua kembali...

Setahun sudah berlalu sawang penuh rumah lama aku niee tidak dibuka .Sekarang rindu kembali menerjah, sudah sekian lama menyepikan diri .Bukan ada apa-apa penyebabpun aku tak buka rumah ini..sudah usang rupanya .Rumah tak bertuan katakan.......
☆☆☆☆☆
Tahun baru 2016 sudah berada dipertengahan tahun .Sekajap rasanya masa berlalu. Umur pun dah bertambah seiring dengan perjalanan waktu..Dah tua rupanya aku..hi..hiii...Tahun lepas dah bertambah anak menakan sorang lagi. Tahun nie kot-kot ada rezeki family tok wan bertambah lagi...sapa tu ye ..harap-harap giliran cek chik pulalah ye ..bolehlah mak long numpang main-main gn anak nakan baru pula.
☆☆☆☆☆
Tahun lepas banyak perubahan dalam hidup aku.Alhamdulillah syukur padamu YaAllah dengan limpahan kurniaan dati mu.Pada tahun lepas juga kedua org tua aku diberi rezeki untuk ke tanah suci Alhamdullilah syukur yg teramat sangat pada mu YaAllah...semuanya dipermudahan olehNya..Aminn...
☆☆☆☆☆
Besar juga harapan pada tahun ini semoga hidup aku sekeluarga,begitu juga adik beradik aku,kedua org tua aku diberi keberkatan dan kemurahan rezeki dariNya.. InsyaAllah..semoga hubungan kami adik beradik dan saudara mara akan terjalin mesra tanpa ada permasalahan.

                                              Memori 2015


Wednesday, 30 July 2014

Suasana Hari Raya...28.JULAI 2014

Hai...sempat juga kami sekeluarga ambil gambar wat kenang-kenagan .Walaupun raya pertama kami tak sempat berrposing-posing sebab sampai kat kampung dah kol 4 petang. Gambar niepun aku ambil dah raya ke 3 ,takpelah mood raya masih membara lagi. Separuh dari adik-beradik aku dah keluar beraya,hanya tinggal yang nie ajelah yang sempat bagi pose maut . Okh tu kurang-kurangnya ada juga gambar rayanya.




Sunday, 27 July 2014

Berlalulah Sudah Ramadan.....

                              

Selamat Hari Raya - Saloma



Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia

Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya !


Diatas tu adalah lagu favorite aku sepanjang bukan ramadan. Boleh katakan tiap-tiap hari lagu ini berkumandang untuk menyegarkan halwa telinga ku he..he.. Hari nie merupakan hari last umat islam berpuasa. Menjelang hari esok, syawal kan menjelma. Selamat tinggal Ramadan Al-Mubarak semoga tahun hadapan masih ada lagi ruang waktu untuk bertemu semula . Insayaallh...

Walaupun pada tahun ini  kami sekeluarga tidak berkesempatan menyambut raya pertama bersama-bersama kaum family kat kampung kerana tuntutan kerja Cik Suamiku. Biasalah tu..kan..Cuma anak aku aje yang bising tak puas hati....nak juga balik raya kat kampung atuknya..Katanya raya kat sini tak bestlah...biasalah budak-budakkan Sememangnya malam raya tu yang betul-betul seronok ,tak kata kat anak aku, maknya pun rasa gitu jugak .Tapi kasihan kat Cik suami ku kenalah kita semua menemani dia raya kat sini..Selepas semuanya selesai kat sini barulah kami akan bertolak balik kampung ....oklh..Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Dan Batin.....

Tuesday, 22 July 2014

ketam goreng berempah

Sudah seminggu puasa berlalu, dah berapa resepi yang aku buat tak sempat nak upload dalam nie.Tapi untuk masak ketam nie apa cara sekalipun aku akan masukkan juga. Bukan apa kalau ada sapa-sapa yang bekenan nak tukar menu ketam tu...lehlah ambil kat sini. Aku sedekahkan aje..nak buat pahala bulan-bulan puasa niekan...senang aje. Nie resepi nya...jom layannnnn......maaflah ya...gambarnya dah terdelete tak sempat nk masuk dalam nie....

Ketam Goreng Berempah
Resepi asal: ku yah

Bahan-bahannya:
1/2 kilo ketam segar
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
9 biji cili kering / cili merah *
1/2 inci halia *
2 s.kecil rempah kari
1 biji telur
1 cwn air
daun kari
garam
gula

Cara-caranya:
Basuhkan ketam lepas tu toskan. Tumis bahan yang telah diblander ( * ) tadi sampai  garing . Masukkan daun kari dan rempah yang telah dibacuh dengan air . Tumis sampai pecah minyak dan berbaun wangi.Selepas itu pecahkan telur dalam tumisa tadi, kacau hingga menjadi pekat. Rasakan dengan garam dan gula. Lepas tu lehlah dimasukakn ketam.Ketam tu kalau nak digorengkan dahulupun tak apa. Tapi yang aku masak nie dimasukkan begitu aje tak gorengnya. Dah masak bolehlah dhidangkan...Siap...Mudah dan ringkas aje...

Thursday, 29 May 2014

selamat berpuasa ....ramadan 1435h / 2014




Pejam celik...pejam celik ,kita sudah sampai ke bulan ramadan.Hari ini semua umat islam menyambut ketibaannya.Selamat berpuasa untuk semua umat islam di seluruh pelusuk dunia.....Dibulan yang penuh keberkataan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya. Semoga tahun ini Allah menganugerahkan kepada ku tubuh badan yang sihat untuk mempermudahkan aku untuk membuat amal ibadat..amin....Jom kita pakat ramai-ramai ke masjid untuk menunaikan sembahyang Tarawih kerana ianya datang hanya setahun sekali......

Wednesday, 28 May 2014

kerabu oh..kerabu..

Hari nie aku nak buat kerabu mangga..ala-ala somtam gitu..Dua hari lepas ada kawan bagi,katanya tahun nie mangganya menjadi-jadi berbuah. Terlampau banyak,tu yang dibahagi-bahagikan. Sebelum mangga tu aku simpan sampai masak baik aku buat kerabu separuh.Sedapnya dimakan dengan nasi putih panas-panas ditambah lagi dengan masak lemak ikan...emm.emmm..menyelerakan. Nak cari resepi jap.. selalunya kerabu mangga nie aku buat guna santan campur gan ikan hari nie nak tukar versi lain pula...aa.aaa dah jumpa .Resepi nie aku ambil dalam buku 1 hari 1 resepi tapi aku ada tambah sikit bahan-bahanya, ikut selera sendirilah yee.....


Kerabu Mangga -ala che yah


bahan-bahanya:
3 biji mangga muda - sz kecil
1 sudu udang kering - ditumbuk
4 sudu makan kacang tanah - digoreng tanpa minyak ,tumbuk
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
3 biji limau nipis/kasturi
3 biji cili api
segengam suun - direndam hingga lembut
garam dan gula secukup rasa.

cara-cara:
1.Buah mangga dibuang kulit kemudian diracik memanjang. Gaulkan sos ikan,gula,jus limau.Dikacau rata.
2.Campurkan parutan mangga tadi dengan kacang tanah,cili api,udang kering.dan digaul rata.
3.Last sekali masukan suun dan diperasakan dengan garam dan gula.Ok dah siap.


                                                       

Monday, 12 May 2014

selamat hari ibu

Tanggal 11 May 2014 adalah sambutan Hari Ibu untuk ibu diseluruh dunia. Dikesempatan ini juga aku ingin mengungapkan kata-kata seperti bait puisi dibawah ini. Terima kasih yang tidak terhingga untuk ibu ku Meriam Bt Yaacob yang telah banyak berkorban dalam membesarkan kami adik-beradik. Pengorbanananmu tidak dapat kami balas dengan kata-kata mahupun segunung wang ringgit. Besarnya pengorbananmu wahai ibu ku...


SELAMAT HARI IBU...MAA...

Saturday, 12 April 2014

jalan-jalan makan angin..

Hai....dah dua bulan entry aku nie menyepikan diri.Bukannya tak ada cerita yang nak dicoretkan ,tapi tuan yang ampunya diri yang busy sakan. Sampai tak ada masa nak mambuka halaman mummylife. Hari nie ada kelapangan dan jejari manis nie rindu nak menyentuh keypad .. tut...tat..tut..tat.
Aku nak kongsi cito sikit tentang percutian aku ke negeri dibawah bayu...Sabah bah......pada 4 april hingga 7 April 2014 .Seronok sangat percutian aku kali nie,hubby tak ikut sama. Kali ini aku pergi melancong bersama dengan kawan-kawan Perkap IP Briged Tenggara. Best gilo...semuanya perempuan..bukannya semua baya aku..ada yang dah berumur sama baya gan mok saudara aku,tapi mereka nie lebih bersemangat kalau nak dibandingan gan kami-kami semua...cayalah...group veteren nie...dia orang tak delah ngadu letih ke,apa-apa ajelh...janji kol 8.00 pagi...geng dia orang kol 7.30pagi dah tunggu kat lobi hotel...kelas giu.Geng aku pula baru dok bersiap-siap..Ha..ha....kelakar punya. Nie ada gambar-gambar kenangan kami kat sana..

 sempat bergambar dihadapan Jambatan gantung Tamparuli..selalunya lagu aje yang pernah didengar,sekarang nie dapat lihat depan mata sendiri...


 sempat posing maut..mak-mak dara nie, belatar belakangkan Gunung Kinabalu..


 Nie pula dekat Desa Dairy Farm, Kundasang...best gilo...cantik pemandangannya macam kat New Zealand ..you. Rasa macam tak nak balik...sejuk..dan nyaman.


 ha..ha...nie rumah yang paling pelik didunia....rumah tebalik di Kg.Talibong Tamaruli K.K ..tapi tuan punya rumah nie kedekut ,tak dibaginya kita ambil gambar dalam rumah..bekali dia takut kita tiru dia punya deco..manalah tahu ada yang bekenan nak buat deco macam tu kat rumah sendiri...kasi pening orang yang bertandang kat rumah kita...


 akak-akak..yang asyik shooping ..rambang mata..mutiara...mutiara entah mana satu nak diambil nie...poning..


nie pula kat Pasar Filipin...memang banyak yang dijual...semuanya hasil tangkapan laut yang telah dikeringkan...apa lagi jom kita borong ..ikan kering...sotong kering...ikan bilis..dah bekotak-kotak...jenuh nak membawa balik nie memang shooping gilo...nak diangkut semuanya...sabar akak weh...


Thursday, 23 January 2014

daging goreng special punya

Hari nie aku masak simple aje .Hubby dah outstation ,jadi tinggal kami dua beranak aje.Masak banyak laut bukannya ada orang nak perabiskan.Tak payah fikir panjang masak simple aje .Anak laki aku tu memang suka sangat masakan yang berasaskan daging sama gan ayahnya ,maknya yang kurang sikit .Tulah yang terhasilnya resepi dibawah nie.Sememangnya semua orang pandai masak nie..Saje je...simpan buat koleksi untuk tatapan adik-adik aku yang baru nak belajar masuk dapur tu...


Daging Goreng Kacang Buncis



Bahan-bahannya:
1/2 kg daging -tanpa urat
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
4 biji cili kering *
kacang buncis
lada -hiasan
garam
gula
kunyit.

Cara-caranya:
Mula-mula perapkan daging gan garam dan kunyit selama 10minit.Panaskan minyak masukan daging tadi gorengkan.Kalau daging tu masih liat lagi masukan air sedikit.. Masak lebih kurang 20 minit hingga ia betul-betul lembut.Blenderkan yang bertanda * . Dalam kuali berasingan tumis bahan blender sampai naik minyak dan masukkan daging tadi.Bolehlah masukan sedikit garam dan gula dan boleh dihidangkan.


Wednesday, 22 January 2014

jom gie santai...

Eh...eh...hari dah masuk 22 haribulan ,dah nak habis bulan Januari 2014..kejap rasanya.Macam semalam baru sambut tahun baru...eee..ee..Disebabkan aku nie asyik sibuk berpanjangan dengan kerja entah apa-apa. Nak kata masuk pejabat tak lah...sibuk sangat ke?...oklah tinggal ajelh cite tu...Pada tahun nie aku dah ubah aktiviti harian yang selalu sibuk entah kemana tu dengan aktiviti riadah yang ada manfaatnya juga. Pada setiap minggu aku akan memperuntukkan tiga atau dua hari untuk keluar beriadah tak kisahlah jogging ke atau apa-apa aje. Dapat juga keluarkan peluh di badan nie..Badan aku pun sekarang dah semakin berisi...he..he...hari nie permulaannya..jom..kita ...

Susana pemandangan yang menyejukan mata yang memandang....ummm....disekitar tasik kem Galing. Kawasan nielah tempat aku berpusing-pusing 2..3..kali hingga berpeluh-peluh...

Hari nie keluar sambil ditemani anak terunaku...dah siap berjogging singah kejap kat tasik.Tengok ikan makan...





Tuesday, 21 January 2014

selamat tahun baru 2014....



Belum terlewat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kat kawan-kawan semua .Pejam celik...pejam celik dah sampai penghujung tahun. Pada detik 12 malam berdetum bunyi mercun disemua tempat . Sekarang dah jadi trand kalau masuknya tahun baru mesti ada bunyi mercun .Dulu kalau nak dengar mercun yang kuat-kuat gini tunggulah tahun baru cina barulah ada.Sememangnya banyak azam aku pada tahun baru nie. Kalau nak dituliskan sini tak cukup ruang jawapnya.Tapi yang paling aku harapkan tahun ini... Allah akan memberi kemurahan rezeki, keberkatan dan keredaan kepada keluargaku dalam meneruskan kehidupan dibumiNya ini. Pada tahun ini juga aku memohon dariMU..YaAllah...berikanlah kesihatan tubuh badan yang baik kepada kedua ibubapa ku..semoga mereka dapat pergi menunaikan haji dengan mudah. Sebab tahun nie nama mereka berdua dah ada...insyallah segalanya dipermudahkan...Amin..

Thursday, 26 December 2013

makan angin...hujung tahun

Pengakhiran tahun nie...dapat juga pergi makan angin tapi hanya kami berdua aje.Anak aku tak nak ikut ,dia nak balik kampung jumpa Tok wan gan Tok Manya . Sebenarnya semua tak dirancang hanya kebetulan.Hubby ada ikut rombongan yang dianjurkan oleh big bossnya ke Medan .Jadi dia masukkan nama aku. Katanya ..kasihan kat wifenya dok sorang kat rumah, anak dah balik kampung ,jadi jomlah kita pergi jalan-jalan. Apa lagi ..bukan main seronoklah aku .Awal-awal lagi dah packing baju..he..he..orang nak bawa gie jalan.....Kat sana kami tak delah shooping sakat..cuma pergi melawat kawasan yang belum kami sampai lagi. Kami ke Tasik Danau Toba ,ke Beras Setanggi..dan pusing-pusing sekitar bandar Medan .

pemandangan disekitar Beras Setanggi...macam Cameron Hingland gitu...





pemandangan di Tasik Danau Toba....cantik...sejuk mata memandang...tapi nak sampai ke sini punyalah jauh perjalannya...jalan bengkak bengkok...sakit pinggan dibuatnya.Lebih kurang 2 jam lebih perjalanannya dari bandar Medan...





singgah makan di Restoran Geruda...kat sini memang femous restoran nie.Restoran yang aku singgah nie entah  nombor yang ke berapa dalam bandar Medan.Tapi makanannya memang sedap sehingga menjilat jari.Kena dengan selera kami....yummmy






Friday, 20 December 2013

selamat pengantin baru...amin & fiza

Syukur alhamdulilah...pengakhiran tahun nie aku akan mendapat seorang lagi adik ipar.Semuanya tak diduga ,pada awal tahun berlangsungnya majlis kak chik gan Razin dan akhir tahun Amin gan Fiza pula .Tahniah untuk adik aku berdua .Semoga mahliga yang dibina akan kukuh kekal hingga keakhir hayat....amin. Majlis adik lelaki aku nie berlangsung pada bulan 13 Disember 2013, kasihan juga kat kami semua sebab tahun nie musim tengkujuh menjadi-jadi. Hujan lebat tak henti-henti...nak buat macam mana semuanya terpaksa diteruskan.Kenduri dalam hujanlah...jawapnya...Tapi kami sekeluarga terutama Wan gan Ma memang happy sangat, ialah dapat dua menantu dalam tahun yang sama.Ucapan tahniah dari Along gan Abg Din buat kamu berdua...SELAMAT PENGANTIN BARU....





Saturday, 7 September 2013

tak diduga.....rezeki..

Kemenangan yang tak diduga......pada mulanya buat acuh tak acuh aje, main letak aje.Kalau nak dibandingkan dengan jiran yang lain rumah mereka pun boleh tahan cantiknya.Tu pun ,rumah kami dah last minit hubby dok menghiasnya.Tak diduga ,dapat tempat pertama.... pertandingan Kecerian Ramadan 1434h /2013  semperna sambutan Aidilfitri dalam kategori antara perumahan pegawai kanan...tergaman kami sekejap ,apabila mendengar MC mengumumkan nama hubby aku...aaaa...biar betul .Semuanya tak diduga...syukur alhamdulillah...rezeki kami sekeluarga..







Thursday, 1 August 2013

kuih berbuka...

Ini adalah kuih kesukaan kami sekeluarga.Sememangnya pada bulan puasa selera kita akan berubah , terutama anak teruna aku.Tahun lepas kuih onde-onde tahun nie kuih nie pula.Pernah dengar tak kuih ulat bulu ,kat kg aku orang panggilnya gitu tapi tempat lain tak tahulah orang panggil kuih nie apa.Cara buatnya mudah aje ...sama dengan kuih gula melaka @ onde-onde.Cuma yang bezanya.....aku masukkan paste kacang dalamnya ,tak kisahlah kacang hijau atau merah boleh aje.Dibawah nie ada resepinya ,sape-sape yang teringin hendak membuatnya bolehlah cuba .Memang sedap rasanya.




Kuih Ulat Bulu
resepi asal : mummylife76

Bahan-bahannya:
1/2 kg tepung beras pulut
1/2 biji kelapa parut
sedikit air kapur
sedekit perwarna hijau
secubit garam

Cara-caranya:
Bacuhkan sedikit kapur dengan air dan secubit garam.Gaulkan kedalam tepung beras pulut tadi.Masukkan air bacuhan tadi sedikit demi sedikit kedalam tepung .Biarkan ia sebati dengan tepung tadi ,jangan terlalu lembut.Masukan perwarna hijau dan bolehlah dibentuk memanjang sedikit. Panaskan seperiuk air dan masukkan kuih tadi tunggu ia masak.Angkat dan dimasukkan kedalam kelapa parut tadi.Ok...boleh dihidangkan.

Friday, 19 July 2013

masak apa hari nie...

                                       
                                                Paprik Ayam




Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (ambil sebelah aje )
4 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah *
3 biji cili merah *
2 biji cili api *
2 btg serai - diketuk
2 helai daun limau purut
1 s.k sos ikan
l/2 biji bawang besar
lobak merah -hiasan
daun ketumbar - hiasan
garam 
gula


Cara-caranya:
Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan.Tumis bahan-bahan yang bertanda * sampai naik minyak.Masukkan serai dan daun limau purut. Masukan air sedikit supaya ayam betul-betul masak.Masukan sos ikan  dan bahan perasa yang lain .Lepas tu barulah masukkan lobak merah dan dihias dengan daun ketumbar.Siap...


siakap stem lagi....

Bulan-bulan puasa nie,asyik nak tidur aje.Lepas anak ke sekolah ,ayahnya dah keluar kerja...maknya cepat-cepat ambil bantal nak sambung tidur...he..he...Nie biasalah bagi surirumah macam aku..kalau yang kerja rasanya tak dapat nak buat cam nie. Kejap aje buat tahit matanya 20 minit dah cukup..tenaga pun dah kembali ..bolehlah nak sambung buat kerja rumah yang terbengkalai tu. Panjang pula aku dok bercerita pasal tidur nie..sebenarnya hari nie nak buat masuk masakan yang aku buat petang semalam..dah lama tak buat stem .Jadi semalam kami sekeluarga berbuka dengan stem ikan siakap .Resepi nya sama aje yang aku buat dulu-dulu cuma ada tambah bawang putih jeruk aje.Nak bagi rasa masam manis sikit dalam kuah stem tu. Tapi stem nie juga aku taruh air banyak sikit ,sebab puasakan..tak de kuah tak berapa best nak makan rasa nak tercekek.oklah resepinya aku copy yang hari tu punya...jom layannnnn..





Ikan Siakap Stim  

resepi: mummylife76

Bahan - bahannya:

1 ekor Ikan siakap - sederhana

1/2 biji bawang besar - dimayang

1 cm halia - dicincang halus

3 biji cili padi

3 helai daun limau purut - dihiris nipis

1 btg serai - dititik

2 s.b jus limau nipis

2 s.t gula

1 s.b kicap ikan

1 s.b minyak

1/2 cawan air

pasli cina                 

bawang putih jeruk  



Cara-caranya:

Ikan dibersihkan .Ambil kesemua bahan tadi digaul rata. Selepas itu dituang ke atas ikan. Kukus ikan dengan api besar sekurang-kurangnya 10 minit . Selepas itu bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Wednesday, 10 July 2013

Bersua kembali....Ramadan Al-Mubarak


Kedatangan mu.. ku tunggu...kini kita bersua kembali.....Ramadan Al-Mubarak 1434H...bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan..selamat berpuasa untuk semua umat islam....




Tuesday, 18 June 2013

ikan singgang..

Resepi nie sesuai untuk orang yang nak diet, nak kurangkan kolestrol, dan yang tak berapa suka masak guna santan. Ha..ha..inilah menu yang sesuai..senang, cepat dan menyihatkan ...he..he..tapi ma aku cakap ..nie resepi orang yang malas nak masak sebab ia main campak aje, tapi kalau tak kena tak selera tekak nak menelannya...kenalah selalu buatnya barulah mahir..sorrylh ye..Gambar kurang memuaskan....nak cepat katakan..


Ikan singgang Cek yah.


Resepi:

1/2 kilo     Ikan (ikutlah ikan apa pun)
3 ulas        bawang putih (dimayang halus)
2 cm         lengkuas (diketuk / dipotong nipis)
4 biji         cili / lada (aku guna lada yg buat solok)
4 biji         bendi (dipotong )
3 keping   asam keping (klu rasa tk masam tam+ lagi) 
garam       secukup rasa
ajinamoto  klu rasa nk tamabh lehlah..

Cara-cara:

Ikan dibersihkan dan masukkan kedalam periuk Semua bahan yang dimayang dan dipotong dicampakkan kedalam periuk tadi dan masukkan air .Letakkan diatas dapur dimasak,lepas tu masukkan asam keping.Ikan dah nak masak bolehlah masukkan bendi yang dipotong tadi gan lada. Tambahkna rasa secukupnya...siap

Monday, 17 June 2013

At....Ho Chi Minh City....

Salam...hari nie nak cite sikit pengalaman aku kat Vietnam. Aku duk kat sana 4 hari 3 malam....tapi hubby gan anak tak ikut sekali ,aku sorang je yang pergi sebab anak aku belum habis periksa kat sekolah Kafa dan hubby pula ada hal yang tak dapat dielakkan. Bertolak dari Kuantan pada 13.6.2013 gan menaiki van .Penuh satu van gan member aku ,dalam tu riuh sekampung hee.hee..biasalah kalau dah jumpa. Rombongan aku tiba di Ho Chi Minh dah kol 12.55 kat sana ...Malaysia dah kul 1.55 t.hari .Lebih kurang sejam empat puluh lima minit dok atas flight. Setibanya kat sana ,geng aku di sambut oleh Ustaz Abdul Rahman, dialah yang akan menjadi pemandu pelancong kami...Terima kasih ustaz , dengan layanan yang diberikan .Kat sana ,memeng geng-geng aku shooping gilo...nak buat cammana barang-barangnya murah-murah. Nilai 'ringgit' kita kalau nak dibandingkan gan 'don' memeng berbeza jauh...6800 VND = RM 1. Banyak jugalah tempat-tempat yang menarik yang aku lawati...shok gile..Sempat jugalah aku snap gambar tu....








Tuesday, 11 June 2013

Tahniah...kak chik..Selamat Pengantin Baru...





selamat pengantin baru buat ..
Mihah dan Razin....
semoga berkekalan hingga anak cucu....




Sunday, 28 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa ....PWTC2013

Dibawah aturcara Perkap IP Briged Tenggara PGA pada 27.4.2013 iaitu Sabtu, aku dengan anak kesayangan mengikuti rombangan ke pameran buku antarangsa di PWTC .Ramai juga anak-anak polis yang ikut serta. Aku tengok bukan main happy lagi budak-budak nie, termasuklah anak aku...he..he...penuh satu bas.Anak aku pula pertama kali nak naik bas gan kawan-kawannya...happy sangatlah dia...Dah dua tiga hari dok asyik sebut 'bila lagi nie nak bertolaknya...yoe tak sabar nie.'...ha.ha..Perasaan aku pun sama macam budak-budak nie ..seronok..dapat gie gan kawan-kawan...kaum ibu semuanya....Sampai kat sana banyak juga buku yang aku borongnya...opsss  lupa, hubby aku pun ada ikut sama .Kami 'ralik' memilih buku yang mana satu hendak dibeli boleh dikatakan setiap kios yang kami singgah nak dibelinya buku...opss sabar...gila tengok terlampau banyak sangat buku dan harganya yang berpatutan...Aku pantang tengok buku resepi ,apa lagi belilah .. tak kisah lama atau yang baru. Selepas puas dok merayap dalam tu Penyelaras Perkap IP cadangkan bawa budak-budak ke Muzium PDRM. Bila lagi nak ke muzium polis nie kalau bukan dengan lawatan ramai-ramai macam nie .Nak pergi sendiri rasanya tak kot..he..he...



bersama kanak-kanak riang Kem Galing




Buku yang sempat aku beli.......



abg yoe dengan gengnya



di Muzium PDRM :








Saturday, 20 April 2013

mula kambali...

Permulaan tahun nie, aku agak slow sikit...malas nak pok..pek.pok..pek..Sekarang mood dah datang balik perasan rindu gan mummylife datang tiba-tiba.Pada bulan Jan 2013 keluarga kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan dimana nenek aku sebelah maa sudah kembali ke rahmatulAllah...AL- Fatihah..semoga roh 'mek' ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..Selang masanya tidak lama dengan Atuk aku 'Chek'..sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka berdua dan pada bulan April kami dikejutkan pula dengan kematian kawan baik mek gan chik...yang kami panggil pak chu Awang..AL- Fatihah buat nya....Aku rasa penyebab inilah menyebabkan aku tak ada idea untuk pok..pek..pok..entah kenapa..hanya Allah yang mengetahui segalanya.Sekarang di kampung aku sudah tidak ada lagi orang tua yang dapat memberikan pandangan,teguran dan nasihat kepada kami orang-orang muda yang masih banyak lagi kena belajar.Bagi kami adik beradik Mek gan chik tidak dapat ditukar ganti..meraka datuk dan nenek yang paling kami sayangi .Banyak kenangan yang tidak dapat  kami adik beradik lupakan kerana mereka sudah tinggal sebumbung dengan keluarga kami semenjak kecil lagi, jasa meraka bersama ibubapa kami dalam sama-sama membesarkan kami adik beradik tidak akan kami lupakan...mereka berdua banyak mambantu kedua orang tua aku semasa dalam kesusahan dan kesedihan.Jutaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan ..permergian mu membuat kami sememangnya terasa kehilangan yang teramat sangat...




Tuesday, 25 December 2012

udang berempah


Udang Goreng Berempah




Udang Goreng Berempah
resepi asal : mummylife76

bahan-bahanya:

1 kg udang galah sedang
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2    bawang besar - dimayang
1 s.t   rempah kari
2 s.b  sos cili
1/2 s.b sos tomato
sedikit daun kari
biji sawi
garam
gula


cara-caranya:

Udang dibersihkan .Tumis bawang merah , bawang putih dan masukkan biji sawi digoreng sampai bawang garing. Lepas tu masukan rempah kari ,ditumis sampai naik baunnya...Masukkan sos cili dan sos tomato. Barulah dimasukkan udang galah tadi. Kemudian masukan daun kari ,bawang besar yang dimayang  dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ok dah siap ..dimakan gan nasi putih panas-panas.....









Monday, 24 December 2012

bakat yang terpendam....

Hari nie aku nak bercerita sikit tentang bakat yang tanpa aku ketahui ada pada diri aku .Hari tu kita orang sibuk mencari barangan untuk pertunangan adik aku ..kak chik. Kami dah kesuntukan masa ..majlis seminggu  lagi akan  berlangsung ,barangan belum dibeli lagi kelam kabut dibuatnya . Pening kepala aku....itu tak ada ..ini tak ada...eee....masa berlalu kejap aje...tut..tutt....semua barang dah dibeli...sekarang siapa yang nak mengubahnya...Adik aku cadangkan ... mahu mengubah sendiri, katanya lebih baik kita buat sendiri baru puas hati....betul juga katanya..tapi siapa yang pandai nak gubahnya . Jeng..jeng pada malam tu ...terkeluarlah bakat kami yang terpendam selama ini, sebelum ini aku sendiri tak pernah buat benda   gubah-gubah nie, selalunya aku nie jadi penonton dan juru komen aje ,tapi hari nie lain pula cite.....betul ke aku boleh buat nie....akhirnya siap juga gubahan tu, hasil gabungan idea gan kak chik....fuuuu...lega rasanya....boleh tahan  juga he..he...masuk bakul angkat sendirilah....he..he...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...