rama...

rama...

Wednesday 30 July 2014

Suasana Hari Raya...28.JULAI 2014

Hai...sempat juga kami sekeluarga ambil gambar wat kenang-kenagan .Walaupun raya pertama kami tak sempat berrposing-posing sebab sampai kat kampung dah kol 4 petang. Gambar niepun aku ambil dah raya ke 3 ,takpelah mood raya masih membara lagi. Separuh dari adik-beradik aku dah keluar beraya,hanya tinggal yang nie ajelah yang sempat bagi pose maut . Okh tu kurang-kurangnya ada juga gambar rayanya.




Sunday 27 July 2014

Berlalulah Sudah Ramadan.....

                              

Selamat Hari Raya - Saloma



Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia

Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya !


Diatas tu adalah lagu favorite aku sepanjang bukan ramadan. Boleh katakan tiap-tiap hari lagu ini berkumandang untuk menyegarkan halwa telinga ku he..he.. Hari nie merupakan hari last umat islam berpuasa. Menjelang hari esok, syawal kan menjelma. Selamat tinggal Ramadan Al-Mubarak semoga tahun hadapan masih ada lagi ruang waktu untuk bertemu semula . Insayaallh...

Walaupun pada tahun ini  kami sekeluarga tidak berkesempatan menyambut raya pertama bersama-bersama kaum family kat kampung kerana tuntutan kerja Cik Suamiku. Biasalah tu..kan..Cuma anak aku aje yang bising tak puas hati....nak juga balik raya kat kampung atuknya..Katanya raya kat sini tak bestlah...biasalah budak-budakkan Sememangnya malam raya tu yang betul-betul seronok ,tak kata kat anak aku, maknya pun rasa gitu jugak .Tapi kasihan kat Cik suami ku kenalah kita semua menemani dia raya kat sini..Selepas semuanya selesai kat sini barulah kami akan bertolak balik kampung ....oklh..Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Dan Batin.....

Tuesday 22 July 2014

ketam goreng berempah

Sudah seminggu puasa berlalu, dah berapa resepi yang aku buat tak sempat nak upload dalam nie.Tapi untuk masak ketam nie apa cara sekalipun aku akan masukkan juga. Bukan apa kalau ada sapa-sapa yang bekenan nak tukar menu ketam tu...lehlah ambil kat sini. Aku sedekahkan aje..nak buat pahala bulan-bulan puasa niekan...senang aje. Nie resepi nya...jom layannnnn......maaflah ya...gambarnya dah terdelete tak sempat nk masuk dalam nie....

Ketam Goreng Berempah
Resepi asal: ku yah

Bahan-bahannya:
1/2 kilo ketam segar
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
9 biji cili kering / cili merah *
1/2 inci halia *
2 s.kecil rempah kari
1 biji telur
1 cwn air
daun kari
garam
gula

Cara-caranya:
Basuhkan ketam lepas tu toskan. Tumis bahan yang telah diblander ( * ) tadi sampai  garing . Masukkan daun kari dan rempah yang telah dibacuh dengan air . Tumis sampai pecah minyak dan berbaun wangi.Selepas itu pecahkan telur dalam tumisa tadi, kacau hingga menjadi pekat. Rasakan dengan garam dan gula. Lepas tu lehlah dimasukakn ketam.Ketam tu kalau nak digorengkan dahulupun tak apa. Tapi yang aku masak nie dimasukkan begitu aje tak gorengnya. Dah masak bolehlah dhidangkan...Siap...Mudah dan ringkas aje...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...