rama...

rama...

Wednesday 30 July 2014

Suasana Hari Raya...28.JULAI 2014

Hai...sempat juga kami sekeluarga ambil gambar wat kenang-kenagan .Walaupun raya pertama kami tak sempat berrposing-posing sebab sampai kat kampung dah kol 4 petang. Gambar niepun aku ambil dah raya ke 3 ,takpelah mood raya masih membara lagi. Separuh dari adik-beradik aku dah keluar beraya,hanya tinggal yang nie ajelah yang sempat bagi pose maut . Okh tu kurang-kurangnya ada juga gambar rayanya.




Sunday 27 July 2014

Berlalulah Sudah Ramadan.....

                              

Selamat Hari Raya - Saloma



Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia

Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya !


Diatas tu adalah lagu favorite aku sepanjang bukan ramadan. Boleh katakan tiap-tiap hari lagu ini berkumandang untuk menyegarkan halwa telinga ku he..he.. Hari nie merupakan hari last umat islam berpuasa. Menjelang hari esok, syawal kan menjelma. Selamat tinggal Ramadan Al-Mubarak semoga tahun hadapan masih ada lagi ruang waktu untuk bertemu semula . Insayaallh...

Walaupun pada tahun ini  kami sekeluarga tidak berkesempatan menyambut raya pertama bersama-bersama kaum family kat kampung kerana tuntutan kerja Cik Suamiku. Biasalah tu..kan..Cuma anak aku aje yang bising tak puas hati....nak juga balik raya kat kampung atuknya..Katanya raya kat sini tak bestlah...biasalah budak-budakkan Sememangnya malam raya tu yang betul-betul seronok ,tak kata kat anak aku, maknya pun rasa gitu jugak .Tapi kasihan kat Cik suami ku kenalah kita semua menemani dia raya kat sini..Selepas semuanya selesai kat sini barulah kami akan bertolak balik kampung ....oklh..Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Dan Batin.....

Tuesday 22 July 2014

ketam goreng berempah

Sudah seminggu puasa berlalu, dah berapa resepi yang aku buat tak sempat nak upload dalam nie.Tapi untuk masak ketam nie apa cara sekalipun aku akan masukkan juga. Bukan apa kalau ada sapa-sapa yang bekenan nak tukar menu ketam tu...lehlah ambil kat sini. Aku sedekahkan aje..nak buat pahala bulan-bulan puasa niekan...senang aje. Nie resepi nya...jom layannnnn......maaflah ya...gambarnya dah terdelete tak sempat nk masuk dalam nie....

Ketam Goreng Berempah
Resepi asal: ku yah

Bahan-bahannya:
1/2 kilo ketam segar
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
9 biji cili kering / cili merah *
1/2 inci halia *
2 s.kecil rempah kari
1 biji telur
1 cwn air
daun kari
garam
gula

Cara-caranya:
Basuhkan ketam lepas tu toskan. Tumis bahan yang telah diblander ( * ) tadi sampai  garing . Masukkan daun kari dan rempah yang telah dibacuh dengan air . Tumis sampai pecah minyak dan berbaun wangi.Selepas itu pecahkan telur dalam tumisa tadi, kacau hingga menjadi pekat. Rasakan dengan garam dan gula. Lepas tu lehlah dimasukakn ketam.Ketam tu kalau nak digorengkan dahulupun tak apa. Tapi yang aku masak nie dimasukkan begitu aje tak gorengnya. Dah masak bolehlah dhidangkan...Siap...Mudah dan ringkas aje...

Thursday 29 May 2014

selamat berpuasa ....ramadan 1435h / 2014




Pejam celik...pejam celik ,kita sudah sampai ke bulan ramadan.Hari ini semua umat islam menyambut ketibaannya.Selamat berpuasa untuk semua umat islam di seluruh pelusuk dunia.....Dibulan yang penuh keberkataan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya. Semoga tahun ini Allah menganugerahkan kepada ku tubuh badan yang sihat untuk mempermudahkan aku untuk membuat amal ibadat..amin....Jom kita pakat ramai-ramai ke masjid untuk menunaikan sembahyang Tarawih kerana ianya datang hanya setahun sekali......

Wednesday 28 May 2014

kerabu oh..kerabu..

Hari nie aku nak buat kerabu mangga..ala-ala somtam gitu..Dua hari lepas ada kawan bagi,katanya tahun nie mangganya menjadi-jadi berbuah. Terlampau banyak,tu yang dibahagi-bahagikan. Sebelum mangga tu aku simpan sampai masak baik aku buat kerabu separuh.Sedapnya dimakan dengan nasi putih panas-panas ditambah lagi dengan masak lemak ikan...emm.emmm..menyelerakan. Nak cari resepi jap.. selalunya kerabu mangga nie aku buat guna santan campur gan ikan hari nie nak tukar versi lain pula...aa.aaa dah jumpa .Resepi nie aku ambil dalam buku 1 hari 1 resepi tapi aku ada tambah sikit bahan-bahanya, ikut selera sendirilah yee.....


Kerabu Mangga -ala che yah


bahan-bahanya:
3 biji mangga muda - sz kecil
1 sudu udang kering - ditumbuk
4 sudu makan kacang tanah - digoreng tanpa minyak ,tumbuk
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
3 biji limau nipis/kasturi
3 biji cili api
segengam suun - direndam hingga lembut
garam dan gula secukup rasa.

cara-cara:
1.Buah mangga dibuang kulit kemudian diracik memanjang. Gaulkan sos ikan,gula,jus limau.Dikacau rata.
2.Campurkan parutan mangga tadi dengan kacang tanah,cili api,udang kering.dan digaul rata.
3.Last sekali masukan suun dan diperasakan dengan garam dan gula.Ok dah siap.


                                                       

Monday 12 May 2014

selamat hari ibu

Tanggal 11 May 2014 adalah sambutan Hari Ibu untuk ibu diseluruh dunia. Dikesempatan ini juga aku ingin mengungapkan kata-kata seperti bait puisi dibawah ini. Terima kasih yang tidak terhingga untuk ibu ku Meriam Bt Yaacob yang telah banyak berkorban dalam membesarkan kami adik-beradik. Pengorbanananmu tidak dapat kami balas dengan kata-kata mahupun segunung wang ringgit. Besarnya pengorbananmu wahai ibu ku...


SELAMAT HARI IBU...MAA...

Saturday 12 April 2014

jalan-jalan makan angin..

Hai....dah dua bulan entry aku nie menyepikan diri.Bukannya tak ada cerita yang nak dicoretkan ,tapi tuan yang ampunya diri yang busy sakan. Sampai tak ada masa nak mambuka halaman mummylife. Hari nie ada kelapangan dan jejari manis nie rindu nak menyentuh keypad .. tut...tat..tut..tat.
Aku nak kongsi cito sikit tentang percutian aku ke negeri dibawah bayu...Sabah bah......pada 4 april hingga 7 April 2014 .Seronok sangat percutian aku kali nie,hubby tak ikut sama. Kali ini aku pergi melancong bersama dengan kawan-kawan Perkap IP Briged Tenggara. Best gilo...semuanya perempuan..bukannya semua baya aku..ada yang dah berumur sama baya gan mok saudara aku,tapi mereka nie lebih bersemangat kalau nak dibandingan gan kami-kami semua...cayalah...group veteren nie...dia orang tak delah ngadu letih ke,apa-apa ajelh...janji kol 8.00 pagi...geng dia orang kol 7.30pagi dah tunggu kat lobi hotel...kelas giu.Geng aku pula baru dok bersiap-siap..Ha..ha....kelakar punya. Nie ada gambar-gambar kenangan kami kat sana..

 sempat bergambar dihadapan Jambatan gantung Tamparuli..selalunya lagu aje yang pernah didengar,sekarang nie dapat lihat depan mata sendiri...


 sempat posing maut..mak-mak dara nie, belatar belakangkan Gunung Kinabalu..


 Nie pula dekat Desa Dairy Farm, Kundasang...best gilo...cantik pemandangannya macam kat New Zealand ..you. Rasa macam tak nak balik...sejuk..dan nyaman.


 ha..ha...nie rumah yang paling pelik didunia....rumah tebalik di Kg.Talibong Tamaruli K.K ..tapi tuan punya rumah nie kedekut ,tak dibaginya kita ambil gambar dalam rumah..bekali dia takut kita tiru dia punya deco..manalah tahu ada yang bekenan nak buat deco macam tu kat rumah sendiri...kasi pening orang yang bertandang kat rumah kita...


 akak-akak..yang asyik shooping ..rambang mata..mutiara...mutiara entah mana satu nak diambil nie...poning..


nie pula kat Pasar Filipin...memang banyak yang dijual...semuanya hasil tangkapan laut yang telah dikeringkan...apa lagi jom kita borong ..ikan kering...sotong kering...ikan bilis..dah bekotak-kotak...jenuh nak membawa balik nie memang shooping gilo...nak diangkut semuanya...sabar akak weh...


Thursday 23 January 2014

daging goreng special punya

Hari nie aku masak simple aje .Hubby dah outstation ,jadi tinggal kami dua beranak aje.Masak banyak laut bukannya ada orang nak perabiskan.Tak payah fikir panjang masak simple aje .Anak laki aku tu memang suka sangat masakan yang berasaskan daging sama gan ayahnya ,maknya yang kurang sikit .Tulah yang terhasilnya resepi dibawah nie.Sememangnya semua orang pandai masak nie..Saje je...simpan buat koleksi untuk tatapan adik-adik aku yang baru nak belajar masuk dapur tu...


Daging Goreng Kacang Buncis



Bahan-bahannya:
1/2 kg daging -tanpa urat
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
4 biji cili kering *
kacang buncis
lada -hiasan
garam
gula
kunyit.

Cara-caranya:
Mula-mula perapkan daging gan garam dan kunyit selama 10minit.Panaskan minyak masukan daging tadi gorengkan.Kalau daging tu masih liat lagi masukan air sedikit.. Masak lebih kurang 20 minit hingga ia betul-betul lembut.Blenderkan yang bertanda * . Dalam kuali berasingan tumis bahan blender sampai naik minyak dan masukkan daging tadi.Bolehlah masukan sedikit garam dan gula dan boleh dihidangkan.


Wednesday 22 January 2014

jom gie santai...

Eh...eh...hari dah masuk 22 haribulan ,dah nak habis bulan Januari 2014..kejap rasanya.Macam semalam baru sambut tahun baru...eee..ee..Disebabkan aku nie asyik sibuk berpanjangan dengan kerja entah apa-apa. Nak kata masuk pejabat tak lah...sibuk sangat ke?...oklah tinggal ajelh cite tu...Pada tahun nie aku dah ubah aktiviti harian yang selalu sibuk entah kemana tu dengan aktiviti riadah yang ada manfaatnya juga. Pada setiap minggu aku akan memperuntukkan tiga atau dua hari untuk keluar beriadah tak kisahlah jogging ke atau apa-apa aje. Dapat juga keluarkan peluh di badan nie..Badan aku pun sekarang dah semakin berisi...he..he...hari nie permulaannya..jom..kita ...

Susana pemandangan yang menyejukan mata yang memandang....ummm....disekitar tasik kem Galing. Kawasan nielah tempat aku berpusing-pusing 2..3..kali hingga berpeluh-peluh...

Hari nie keluar sambil ditemani anak terunaku...dah siap berjogging singah kejap kat tasik.Tengok ikan makan...





Tuesday 21 January 2014

selamat tahun baru 2014....



Belum terlewat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kat kawan-kawan semua .Pejam celik...pejam celik dah sampai penghujung tahun. Pada detik 12 malam berdetum bunyi mercun disemua tempat . Sekarang dah jadi trand kalau masuknya tahun baru mesti ada bunyi mercun .Dulu kalau nak dengar mercun yang kuat-kuat gini tunggulah tahun baru cina barulah ada.Sememangnya banyak azam aku pada tahun baru nie. Kalau nak dituliskan sini tak cukup ruang jawapnya.Tapi yang paling aku harapkan tahun ini... Allah akan memberi kemurahan rezeki, keberkatan dan keredaan kepada keluargaku dalam meneruskan kehidupan dibumiNya ini. Pada tahun ini juga aku memohon dariMU..YaAllah...berikanlah kesihatan tubuh badan yang baik kepada kedua ibubapa ku..semoga mereka dapat pergi menunaikan haji dengan mudah. Sebab tahun nie nama mereka berdua dah ada...insyallah segalanya dipermudahkan...Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...