rama...

rama...

Tuesday 20 December 2011

makan pulut kuning

Pagi-pagi lagi tok ma dok kat dapur.Katanya,sarapan hari nie dia nak buat pulut kuning dimakan dengan kari ayam emmm....bestnya dah lama aku tak makan pulut nie. Nak membuatnya rumit sikit tu yang malas nak belajar. Walaubagaimana pun aku akan cuba juga membuatnya suatu hari nanti he..he.. tapi entah bilalah ye tunggu ...Kalau tok ma buatnya kejap aje aku tengok, dia dah hafal semua sukatan hanya campak-campak gitu je bahannya nampak senang aje....Anak aku memang favorite dia, pulut kuning dimakan dengan telur dadar simple aje tak payah-payah nak makan dengan laut lain....boleh katakan kami sekeluarga memang mengemarinya. 









Friday 16 December 2011

trip...blk kampung

Hujan..ooo hujan kenapa engkau turun ...macam mana aku tak turun katak panggil aku..katak panggil aku...begitulah irama yang popular apabila hari hujan.Hari nie dah rancang nak balik kg, sebabnya cuti sekolah ada 2 minggu lagi sempatlah anak saya habiskan cutinya kat rumah Tok Wan...tapi cuaca dah berubah menjadi mendung dan hujan turun dengan lebatnya . Aduh hujan pulak ..semalam cuaca ok je...hari nie hujan  ...dah nak banjir balik nie rasanya...kat Kuantan hari nie memang hujan lebat ,harap-harap perjalanan ku nanti tiada apa-apa,semago Tuhan melindungi perjalanan hambanya ini...amin.....jom blk kampung....














Suasana di persisiran pantai ,tak silap saya dekat dengan Rusila sama gan Kuantan...mendung..hujan....tak boleh nak keluar nak dok rehat jap, angin terlampau kencang...














Setibanya berdekatan dengan Pantai Rhu Sepuluh ,Penarik....bolehlah kita keluar kejap hujan dah mula reda,jadi sempatlah kita dok menjamu selera ....sotong goreng emm..emmm abang yo suka sangat..favorite dia tu..orang lain takleh nak sentuh dah....










Thursday 15 December 2011

makan - makan

Hai apa khabar..besok kalau tak ada apa-apa kami akan balik kampung .Sebelum  tu ada janji dengan anak nak pergi bercuti tapi semua tu tergendala sebab ayahnya sibuk ...banyak kerja biasalah akhir-akhir tahun nie.Jadi kami dah janji nak habiskan cuti sekolah dia kat kampung aje ...kasihan kat anakku...tapi dia ok...aje..tak de nak merajuknya. Pada malam tu sempat juga kita sekeluarga keluar menjamu selera.Malas nak masak sebabnya semua barang-barang kat dapur dah disimpan.. bersih...eee saje je..kalau dah malas gitulahlah alasannya....













Monday 12 December 2011

suka2

Assalamualaikum...,syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan lagi kehidupan dibumi yang bertuah ini. Hari nie saya nak berkongsi cerita sikit ..tentang aktiviti yang saya lakukan ,ianya dah lepas beberapa hari dah. Tapi disebabkan ia adalah satu aktiviti yang jarang-jarang dilakukan jadi saya nak simpan dalam "mummylife" nie ,..boleh tengok sampai bila-bila....satu hari nanti ianya ditatap sebagai kenangan.....Aktiviti menembak ini telah diadakan pada 10.12.2011 tapi aku tak join dia orang menembak hanya sebagai penonton aje...dah lama tak pegang pistol...eee...tak boleh lain kali ajelah ,tambahan aku nie cepat gementar sikit kalau dengar bunyi tom..tom...mulalah dup...dap...dup...dap. Kawan-kawan aku yang dah expert aje yang masuk menembaknya.Acara nie sebenarnya diadakan untuk memenuhi aktiviti kunjungan isteri pengarah KDN /KA kerana dengar khabar dia minat menembak.Lebih kurang kol 12.00 acara nie selesai.......












Sunday 11 December 2011

Majlis

Salam semua ,pada 9.12.2011 telah berlangsungnya majlis perasmian Kelab Kem Galing yang telah dirasmiakan oleh Ketua Polis Negara .Boleh dikatakan inilah julung kalinya KPN datang ke kem Galing selalunya majlis-majlis yang diadakan hanya dirasmikan oleh Komander Briged Tenggara aje.Majlis perasmian telah diadakan pada sebelah pagi bermula jam 8.00 a.m. Pada majlis tu, sempat jugalah saya rakamkan gambar-gambar untuk dibuat kenangannya.....dibawah nie ada saya paparkan lepas nie bolehlah tengok. Majlis telah berlangsung dengan penuh gilang gemilangnya , semua warga kem Galing keluar untuk sama-sama meraikannya begitu juga dengan kami sekeluarga.
















Makan2

Hai...bersua kembali....nak sambung cite sikit, lepas majlis perasmian tu pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam pulak dinnerlah tu....My hubby turut dijemput sama aku apa lagi tumpang sekakilah he..he..nasib baiklah dah ada baju yang nak di pakai kalau tidak pokailah nak cari yang baru pulak, bukaknya apa nak ????.....Majlis bermula jam 8.00 mlm dengan ketibaan para pegawai kanan ,pegawai-pegawai pemerintah dan dif-dif terhormat. .Sempat jugaklah kita klip-klip malam tu ...ada kat bawah nie....




















Pada malam tu juga setiap formasi-formasi dikehendaki membuat persembahan .Sempat jugaklah kita klip-klip....



Persembahan dari Batolion 8:



Persembahan dari Batolion 7:


Persembahan dari Batolion 9:


Persembahan dari IP Briged Tenggara yang gempak ,tak kering gusi dibuatnya :


Wednesday 30 November 2011

musim tengkujuh....

Dah beberapa bulan tak menulis kat entry nie..ada hantu malas yg dok menumpang kat aku nie, tu jadi gitu ...Tapi malam nie terdetik di hati nak mencoret kat sini...bukannya apa sbb boring sangat hubby tak de..kerja..anak teruna dah lama masuk tidur...tinggallah aku sendiri keseorangan.Walaupun tak ada apa-apa cerita yg aku paparkan beberapa bulan nie ,tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari aku bukak dok tengok entry2 kawan-kawan yg dah femous tu.Banyak ilmu yg aku dapat dari mereka semua ,berbagai resepi-resepi yg tak pernah aku tengok sebelum nie.Ada yang dah aku cubanya...ada yang menjadi dan ada jugak yg tak menjadi...tapi seronok rasa belajar sesuatu yg baru.




Kalau nak tahu kat  Pantai Timur nie dah masuk musim tengkujuh.Boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan ,kita yg mood tak ok jadi semakin down dengan keadaan yg sejuk macam dok kat cameron hingland rasanya.Nasib baiklah sekarang nie cuti sekolah dapatlah budak-budak nie rehat, dok main dalam rumahkan senang hujan-hujan nie tak dapatlah dia orang nak keluar main. Tapi budak-budak nie kalau musim hujan ,nielah yg dia orang suka mainnya...kita yg perlu berhati-hati kalau anak-anak bermain kena dipantau takut terjadi apa-apa yg tidak diinginikan....minta dijauhi dari malepetaka.... oklah dulu mata dah rasa nak tertutp dah nie...tulisan dah nampak macam2 colour dah....ok bye...nak Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Wednesday 14 September 2011

Seloka di Hari Raya 2011



Belum terlewat lagi saya nak ucapkan selamat hari raya buat kawan-kawan semua ...walaupun hari raya dah berlalu. Baru hari nie dapat masukkan gambar-gambar hari raya ...nak buat camana sibuk sikit ha..ha...buat tatapan  adik-adik ku .Oklah atas tu gambar kita semua kat rumah tok wan.....jom tengok....tak sempat nak pergi cuci tengok kat sini ajelah ye....

Kat bawah nie pulok gambar kat rumah tok su...habis kuih raya tok su...kalau ada budak-budak nie...nye makan sungguh-sungguh tak ingat dah orang lain pun nak beraya jugok....ha..ha...cantik sungguh rumah lama nie ye...tak tahulah 2 ..3 tahun nanti kalau tak ada orang nak jaganya....robohlah ia...sama2lah kita jaga rumah lama nie ye...terutamanya pok yus..oklah jomkita cuci mata.....











Monday 22 August 2011

puding raja

salam ....sudah masuk minggu ke-4 kita berpuasa, kejap aje rasanya sudah nak berpenghujungnya ramadan yang mulia ini.Kalau di panjangkan umur berjumpa pulak kita ditahun hadapan...insyaallah...Hari nie nak perihal sikit tentang puding raja nie ..entahlah kenapa di panggilnya puding raja kot2 dulu raja gemar memakanya...ha..ha..Dah lama saya nak makannya ..kalau bulan puasa puding nie mesti tak miss ada kat bazar dia orang jual..harganya mahallah sikit kalau nak di bandingkan gan puding2 lain tu...Hari tu adalah belinya kat bazar ramadan tapi rasanya tak berape ok sikit..tapi terpaksa makanlah jugok ...puding nie sebenarnya bahan yang nak membuatnya tu yang susah nak dapat macam dia punya jala masnya tu (tak tahulah orang pahang pangilnya apa ),dia kena orang yang betul2 pandai membuatnya kalau tak tak menjadi dia punya jalanya tu...tu yang susah sikit lebih baik beli aje senang kerja..he..he..Nak dijadikan ceritanya..kawan hubby saya ,saudaranya ada ambil tempahan membuat puding raja nie...apa lagi oderlah kita yang makcik nie buat bestlah puas rasa hati .Berbaloi gan harganya.Puding nie dimakan dengan dia punya kuah kastardnya....emmmm...best  sedap....lain kali lehlah tempah lagi he..he...nielah rupanya....



Tuesday 26 July 2011

sayur lemak terung



asalamualaikum.....hai apa khabar.Hari nie ..abg kita tak de kat rumah tinggal kami 2 beranak aje...eee...malasnya nak masak.Anak saya dah beli nasinya untuk dimakan sebelum ke sekolah.(sekolah ptg).. .jadi serba salah dibuatnya.. nak masak ke tak nie...A..aaa. masaklah jugak .Laut beli nie kadang-kadang tak menepati selera aku asyik-asyik pekana kari aje.Disebabkan aku sorang aje yang nak makan jadi aku masak yang simple2 ajelah ye..(bisik hatiku ).Sebelum tu kena gie selongkar kat dalam peti dulu ada apa-apa yang boleh dimasak.Selongkar punya selongkar terjumpalah terung.aa...aa..nie mesti best buat sayur lemak.Apa lagi terus potong dan masaklah.Dalam tu saya masukkan ikan yg telah direbus dan ditumbuk,bawang besar dan lada dipotong memanjang dan santan.Lepas tu dimasak jangan lama sangat ye takut terung tu jadi lembik.Nie memang kegemaran saya....pekena gan  ikan kerisi goreng ..wau...memang terangkat dibuatnya tak sedar nasi dah tambah 2 pinggan...berselera jugok aku ye...walaupun makan seorang he.he....lepas tu mulalah tak larat nak basuh pinggan....kekenyangan katakan......alhamdulillah.....

Sunday 24 July 2011

paftry....


salam...semua apa khabar,dah banyak hari saya tak bukak blog nie apa yang dah berlaku pun tak tahu..hari nie hari minggu adalah kesempatan nak menjenguk blog kesayangan ku nie.Oooo...banyak resepi-resepi yang best-best kat dalam blog yang saya follow..dia orang nie memang teror bak-bak masak memasak dan membuat kuih muih nie.Saya pun akan cuba menjadi seperti mereka...he..he...tapi saya nie nak cari resepi-resepi yang mudah aje bukanya pandai sangat nak membuat yang pelik-pelik tu...Ehhh dah panjang saya berceloteh nie...a..aa tengok tak gambar kat atas tu...aa...tu salah satu menu petang nie .Pada mulanya saya nak membuat paftry saden tapi tak menjadi sebab stok saden dah habis,malas nak keluar ke kedai nasib baiklah ada sosej...boleh jugoklah diubah sikit resepinya kita taruh sosej ok tak...itulah hasilnya .Anak saya memang suka sangatlah tambahan dalamnya ada sosej apa lagi...angkat dari dapur dah ada yang menunggunya belum sejuk lagi dah di makannya..eee....panas tu sayang oi...begitulah gelagak anak saya.Oklah untuk hari ini...inilah hasilnya menu petang paftry sosej ha..ha...pelik tak namanya oklah kan asalkan sedap dimakan hingga menjilap jari...

Friday 15 July 2011

Amazing and beautiful recitation of Surah Yasin (full) by Qari Ziyad Pat...




asalamualaikum......pada pagi jumaat yang ceria ini apa kata marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keredaan dari yg Maha Esa dengan membaca surah Yassin semoga hari-hari yang mendatang dapat kita tepuhi dengan keberkatan dariNya dan dijauhi dari segala bala petaka amin.....bismilahirahmanirahim........

Saturday 9 July 2011

Buat ...dadih




Hai..salam semua...tengok tak gambar diatas ..aha..tu projek saya petang nie...projek buat dadih. Nie salah satu pemanis mulut yang paling disukai oleh kami sekeluarga.Selalunya waktu petang saya buat kuih-kuih yang goreng-goreng jadi hari nie tukar seleralah sikit kita makan dadih ye..sayang...ha..ha...tak payah dok buat air teh o lah kita minum air suam aje kan senang...(nie kerja org rajin namanya).Dadih tu saya beli yang serbut dalam peket aje perisa strawberi..mudah kerja.Cuma kita tambah apa-apa yang patut je...tengok kat dia punya bahan-bahan .Kalau nak kasi sedap tambahlah strawberi segar kita potong-potong taruklah dalam dadih yang belum keras lagi tu, kan senang.Lepas tu taruk dalam peti ais bagi dia sejuk .Dalam gambar tu saya masukkan  dadih dalam bekas kecil-kecil bukannya ape senang hendak dimakan dan satu lagi tarikkan untuk anak-anak,sekejap aje dia orang makan .Musim-musim panas nie kalau makan benda-benda gini dapat sejuk kan badan sikit .Apa macam ok tak dadih saya tu....jom jemput makan...





Thursday 7 July 2011

a happy days


Posted by Picasa

abe yo gan sepupu & mok saudaronya ...macam-macam ragam mereka...cuti nanti jumpo lagi ye....

Wednesday 6 July 2011

my cats...



salam ...bersua kembali kita.Apa khabar semua harap-harap sihatlah ye.Hari nie kat Kuantan mendung aje semua aktiviti yang hendak dibuat jadi tergendala.Sambil-sambil dok rehat teringat kat miow di sarangnya kasian kat miow-miow tu selalunya kalau tak hujan akak wak keluar semuanya bagi dia orang main-main.Hari nie miow main dlm rumah aje.Kita pun leka kejap dok ralik perhatikan gelagak-gelagak si miow nie.Dikesempatan tu...sempatlah jugok akak ambil gambar-gambarnya ...tengoklah aksi-aksi si miow nie......

Monday 27 June 2011

Birthday my son...26.6.2011

assalamualaikum......dah beberapa bulan tak buka my blog nie,rindu pulak rasanya...Kebetulan hari Ahad, dua hari yang lepas  my son sambut birthday,jadi ibunya yang tukang sibuk nie sempat jugok ambil gambar aksi-aksi yang candid gitulah katakan..ha..ha..Akak buat simple aje,kebetulan mak saudaranya ada kat rumah meriahlah sikit kalau tak akak wak kat luar ajelah ..hanya kami 3 beranak nielah.Sambil-sambil makan tu sempat lagilah set-set dia posing....mari kita tengok apa yg dia orang buat...aha.....
Sekarang my son dah genap umurnya 8 tahun,kejap rasanya masa berlalu dah besar anak ibu nie...muah cayang abg yo...Sebagai ibu bapa ,kita cuba sedaya upaya untuk memberi kegembiraan kepada zuriat kita..semoga apa yang kita lakukan beroleh keberkatan dari -Nya .Semoga anak ku menjasi insan yang beriman dan bertakwa kepadanya dan segala apa yang ia lakukan memberolehi keberkatan dan keredaan dari yang maha esa...amin....


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...