rama...

rama...

Thursday 26 December 2013

makan angin...hujung tahun

Pengakhiran tahun nie...dapat juga pergi makan angin tapi hanya kami berdua aje.Anak aku tak nak ikut ,dia nak balik kampung jumpa Tok wan gan Tok Manya . Sebenarnya semua tak dirancang hanya kebetulan.Hubby ada ikut rombongan yang dianjurkan oleh big bossnya ke Medan .Jadi dia masukkan nama aku. Katanya ..kasihan kat wifenya dok sorang kat rumah, anak dah balik kampung ,jadi jomlah kita pergi jalan-jalan. Apa lagi ..bukan main seronoklah aku .Awal-awal lagi dah packing baju..he..he..orang nak bawa gie jalan.....Kat sana kami tak delah shooping sakat..cuma pergi melawat kawasan yang belum kami sampai lagi. Kami ke Tasik Danau Toba ,ke Beras Setanggi..dan pusing-pusing sekitar bandar Medan .

pemandangan disekitar Beras Setanggi...macam Cameron Hingland gitu...





pemandangan di Tasik Danau Toba....cantik...sejuk mata memandang...tapi nak sampai ke sini punyalah jauh perjalannya...jalan bengkak bengkok...sakit pinggan dibuatnya.Lebih kurang 2 jam lebih perjalanannya dari bandar Medan...





singgah makan di Restoran Geruda...kat sini memang femous restoran nie.Restoran yang aku singgah nie entah  nombor yang ke berapa dalam bandar Medan.Tapi makanannya memang sedap sehingga menjilat jari.Kena dengan selera kami....yummmy






Friday 20 December 2013

selamat pengantin baru...amin & fiza

Syukur alhamdulilah...pengakhiran tahun nie aku akan mendapat seorang lagi adik ipar.Semuanya tak diduga ,pada awal tahun berlangsungnya majlis kak chik gan Razin dan akhir tahun Amin gan Fiza pula .Tahniah untuk adik aku berdua .Semoga mahliga yang dibina akan kukuh kekal hingga keakhir hayat....amin. Majlis adik lelaki aku nie berlangsung pada bulan 13 Disember 2013, kasihan juga kat kami semua sebab tahun nie musim tengkujuh menjadi-jadi. Hujan lebat tak henti-henti...nak buat macam mana semuanya terpaksa diteruskan.Kenduri dalam hujanlah...jawapnya...Tapi kami sekeluarga terutama Wan gan Ma memang happy sangat, ialah dapat dua menantu dalam tahun yang sama.Ucapan tahniah dari Along gan Abg Din buat kamu berdua...SELAMAT PENGANTIN BARU....





Saturday 7 September 2013

tak diduga.....rezeki..

Kemenangan yang tak diduga......pada mulanya buat acuh tak acuh aje, main letak aje.Kalau nak dibandingkan dengan jiran yang lain rumah mereka pun boleh tahan cantiknya.Tu pun ,rumah kami dah last minit hubby dok menghiasnya.Tak diduga ,dapat tempat pertama.... pertandingan Kecerian Ramadan 1434h /2013  semperna sambutan Aidilfitri dalam kategori antara perumahan pegawai kanan...tergaman kami sekejap ,apabila mendengar MC mengumumkan nama hubby aku...aaaa...biar betul .Semuanya tak diduga...syukur alhamdulillah...rezeki kami sekeluarga..







Thursday 1 August 2013

kuih berbuka...

Ini adalah kuih kesukaan kami sekeluarga.Sememangnya pada bulan puasa selera kita akan berubah , terutama anak teruna aku.Tahun lepas kuih onde-onde tahun nie kuih nie pula.Pernah dengar tak kuih ulat bulu ,kat kg aku orang panggilnya gitu tapi tempat lain tak tahulah orang panggil kuih nie apa.Cara buatnya mudah aje ...sama dengan kuih gula melaka @ onde-onde.Cuma yang bezanya.....aku masukkan paste kacang dalamnya ,tak kisahlah kacang hijau atau merah boleh aje.Dibawah nie ada resepinya ,sape-sape yang teringin hendak membuatnya bolehlah cuba .Memang sedap rasanya.




Kuih Ulat Bulu
resepi asal : mummylife76

Bahan-bahannya:
1/2 kg tepung beras pulut
1/2 biji kelapa parut
sedikit air kapur
sedekit perwarna hijau
secubit garam

Cara-caranya:
Bacuhkan sedikit kapur dengan air dan secubit garam.Gaulkan kedalam tepung beras pulut tadi.Masukkan air bacuhan tadi sedikit demi sedikit kedalam tepung .Biarkan ia sebati dengan tepung tadi ,jangan terlalu lembut.Masukan perwarna hijau dan bolehlah dibentuk memanjang sedikit. Panaskan seperiuk air dan masukkan kuih tadi tunggu ia masak.Angkat dan dimasukkan kedalam kelapa parut tadi.Ok...boleh dihidangkan.

Friday 19 July 2013

masak apa hari nie...

                                       
                                                Paprik Ayam




Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (ambil sebelah aje )
4 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah *
3 biji cili merah *
2 biji cili api *
2 btg serai - diketuk
2 helai daun limau purut
1 s.k sos ikan
l/2 biji bawang besar
lobak merah -hiasan
daun ketumbar - hiasan
garam 
gula


Cara-caranya:
Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan.Tumis bahan-bahan yang bertanda * sampai naik minyak.Masukkan serai dan daun limau purut. Masukan air sedikit supaya ayam betul-betul masak.Masukan sos ikan  dan bahan perasa yang lain .Lepas tu barulah masukkan lobak merah dan dihias dengan daun ketumbar.Siap...


siakap stem lagi....

Bulan-bulan puasa nie,asyik nak tidur aje.Lepas anak ke sekolah ,ayahnya dah keluar kerja...maknya cepat-cepat ambil bantal nak sambung tidur...he..he...Nie biasalah bagi surirumah macam aku..kalau yang kerja rasanya tak dapat nak buat cam nie. Kejap aje buat tahit matanya 20 minit dah cukup..tenaga pun dah kembali ..bolehlah nak sambung buat kerja rumah yang terbengkalai tu. Panjang pula aku dok bercerita pasal tidur nie..sebenarnya hari nie nak buat masuk masakan yang aku buat petang semalam..dah lama tak buat stem .Jadi semalam kami sekeluarga berbuka dengan stem ikan siakap .Resepi nya sama aje yang aku buat dulu-dulu cuma ada tambah bawang putih jeruk aje.Nak bagi rasa masam manis sikit dalam kuah stem tu. Tapi stem nie juga aku taruh air banyak sikit ,sebab puasakan..tak de kuah tak berapa best nak makan rasa nak tercekek.oklah resepinya aku copy yang hari tu punya...jom layannnnn..





Ikan Siakap Stim  

resepi: mummylife76

Bahan - bahannya:

1 ekor Ikan siakap - sederhana

1/2 biji bawang besar - dimayang

1 cm halia - dicincang halus

3 biji cili padi

3 helai daun limau purut - dihiris nipis

1 btg serai - dititik

2 s.b jus limau nipis

2 s.t gula

1 s.b kicap ikan

1 s.b minyak

1/2 cawan air

pasli cina                 

bawang putih jeruk  



Cara-caranya:

Ikan dibersihkan .Ambil kesemua bahan tadi digaul rata. Selepas itu dituang ke atas ikan. Kukus ikan dengan api besar sekurang-kurangnya 10 minit . Selepas itu bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Wednesday 10 July 2013

Bersua kembali....Ramadan Al-Mubarak


Kedatangan mu.. ku tunggu...kini kita bersua kembali.....Ramadan Al-Mubarak 1434H...bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan..selamat berpuasa untuk semua umat islam....




Monday 17 June 2013

At....Ho Chi Minh City....

Salam...hari nie nak cite sikit pengalaman aku kat Vietnam. Aku duk kat sana 4 hari 3 malam....tapi hubby gan anak tak ikut sekali ,aku sorang je yang pergi sebab anak aku belum habis periksa kat sekolah Kafa dan hubby pula ada hal yang tak dapat dielakkan. Bertolak dari Kuantan pada 13.6.2013 gan menaiki van .Penuh satu van gan member aku ,dalam tu riuh sekampung hee.hee..biasalah kalau dah jumpa. Rombongan aku tiba di Ho Chi Minh dah kol 12.55 kat sana ...Malaysia dah kul 1.55 t.hari .Lebih kurang sejam empat puluh lima minit dok atas flight. Setibanya kat sana ,geng aku di sambut oleh Ustaz Abdul Rahman, dialah yang akan menjadi pemandu pelancong kami...Terima kasih ustaz , dengan layanan yang diberikan .Kat sana ,memeng geng-geng aku shooping gilo...nak buat cammana barang-barangnya murah-murah. Nilai 'ringgit' kita kalau nak dibandingkan gan 'don' memeng berbeza jauh...6800 VND = RM 1. Banyak jugalah tempat-tempat yang menarik yang aku lawati...shok gile..Sempat jugalah aku snap gambar tu....








Sunday 28 April 2013

Pesta Buku 2013

Dibawah aturcara Perkap IP Briged Tenggara PGA pada 27.4.2013 iaitu Sabtu, aku dengan anak kesayangan mengikuti rombangan ke pameran buku antarangsa di PWTC .Ramai juga anak-anak polis yang ikut serta. Aku tengok bukan main happy lagi budak-budak nie, termasuklah anak aku...he..he...penuh satu bas.Anak aku pula pertama kali nak naik bas gan kawan-kawannya...happy sangatlah dia...Dah dua tiga hari dok asyik sebut 'bila lagi nie nak bertolaknya...yoe tak sabar nie.'...ha.ha..Perasaan aku pun sama macam budak-budak nie ..seronok..dapat gie gan kawan-kawan...kaum ibu semuanya....Sampai kat sana banyak juga buku yang aku borongnya...opsss  lupa, hubby aku pun ada ikut sama .Kami 'ralik' memilih buku yang mana satu hendak dibeli boleh dikatakan setiap kios yang kami singgah nak dibelinya buku...opss sabar...gila tengok terlampau banyak sangat buku dan harganya yang berpatutan...Aku pantang tengok buku resepi ,apa lagi belilah .. tak kisah lama atau yang baru. Selepas puas dok merayap dalam tu Penyelaras Perkap IP cadangkan bawa budak-budak ke Muzium PDRM. Bila lagi nak ke muzium polis nie kalau bukan dengan lawatan ramai-ramai macam nie .Nak pergi sendiri rasanya tak kot..he..he...



bersama kanak-kanak riang Kem Galing




Buku yang sempat aku beli.......



abg yoe dengan gengnya



di Muzium PDRM :








Saturday 20 April 2013

mula kambali...

Permulaan tahun nie, aku agak slow sikit...malas nak pok..pek.pok..pek..Sekarang mood dah datang balik perasan rindu gan mummylife datang tiba-tiba.Pada bulan Jan 2013 keluarga kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan dimana nenek aku sebelah maa sudah kembali ke rahmatulAllah...AL- Fatihah..semoga roh 'mek' ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..Selang masanya tidak lama dengan Atuk aku 'Chek'..sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka berdua dan pada bulan April kami dikejutkan pula dengan kematian kawan baik mek gan chik...yang kami panggil pak chu Awang..AL- Fatihah buat nya....Aku rasa penyebab inilah menyebabkan aku tak ada idea untuk pok..pek..pok..entah kenapa..hanya Allah yang mengetahui segalanya.Sekarang di kampung aku sudah tidak ada lagi orang tua yang dapat memberikan pandangan,teguran dan nasihat kepada kami orang-orang muda yang masih banyak lagi kena belajar.Bagi kami adik beradik Mek gan chik tidak dapat ditukar ganti..meraka datuk dan nenek yang paling kami sayangi .Banyak kenangan yang tidak dapat  kami adik beradik lupakan kerana mereka sudah tinggal sebumbung dengan keluarga kami semenjak kecil lagi, jasa meraka bersama ibubapa kami dalam sama-sama membesarkan kami adik beradik tidak akan kami lupakan...mereka berdua banyak mambantu kedua orang tua aku semasa dalam kesusahan dan kesedihan.Jutaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan ..permergian mu membuat kami sememangnya terasa kehilangan yang teramat sangat...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...