rama...

rama...

Tuesday 20 December 2011

makan pulut kuning

Pagi-pagi lagi tok ma dok kat dapur.Katanya,sarapan hari nie dia nak buat pulut kuning dimakan dengan kari ayam emmm....bestnya dah lama aku tak makan pulut nie. Nak membuatnya rumit sikit tu yang malas nak belajar. Walaubagaimana pun aku akan cuba juga membuatnya suatu hari nanti he..he.. tapi entah bilalah ye tunggu ...Kalau tok ma buatnya kejap aje aku tengok, dia dah hafal semua sukatan hanya campak-campak gitu je bahannya nampak senang aje....Anak aku memang favorite dia, pulut kuning dimakan dengan telur dadar simple aje tak payah-payah nak makan dengan laut lain....boleh katakan kami sekeluarga memang mengemarinya. 









Friday 16 December 2011

trip...blk kampung

Hujan..ooo hujan kenapa engkau turun ...macam mana aku tak turun katak panggil aku..katak panggil aku...begitulah irama yang popular apabila hari hujan.Hari nie dah rancang nak balik kg, sebabnya cuti sekolah ada 2 minggu lagi sempatlah anak saya habiskan cutinya kat rumah Tok Wan...tapi cuaca dah berubah menjadi mendung dan hujan turun dengan lebatnya . Aduh hujan pulak ..semalam cuaca ok je...hari nie hujan  ...dah nak banjir balik nie rasanya...kat Kuantan hari nie memang hujan lebat ,harap-harap perjalanan ku nanti tiada apa-apa,semago Tuhan melindungi perjalanan hambanya ini...amin.....jom blk kampung....














Suasana di persisiran pantai ,tak silap saya dekat dengan Rusila sama gan Kuantan...mendung..hujan....tak boleh nak keluar nak dok rehat jap, angin terlampau kencang...














Setibanya berdekatan dengan Pantai Rhu Sepuluh ,Penarik....bolehlah kita keluar kejap hujan dah mula reda,jadi sempatlah kita dok menjamu selera ....sotong goreng emm..emmm abang yo suka sangat..favorite dia tu..orang lain takleh nak sentuh dah....










Thursday 15 December 2011

makan - makan

Hai apa khabar..besok kalau tak ada apa-apa kami akan balik kampung .Sebelum  tu ada janji dengan anak nak pergi bercuti tapi semua tu tergendala sebab ayahnya sibuk ...banyak kerja biasalah akhir-akhir tahun nie.Jadi kami dah janji nak habiskan cuti sekolah dia kat kampung aje ...kasihan kat anakku...tapi dia ok...aje..tak de nak merajuknya. Pada malam tu sempat juga kita sekeluarga keluar menjamu selera.Malas nak masak sebabnya semua barang-barang kat dapur dah disimpan.. bersih...eee saje je..kalau dah malas gitulahlah alasannya....













Monday 12 December 2011

suka2

Assalamualaikum...,syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan lagi kehidupan dibumi yang bertuah ini. Hari nie saya nak berkongsi cerita sikit ..tentang aktiviti yang saya lakukan ,ianya dah lepas beberapa hari dah. Tapi disebabkan ia adalah satu aktiviti yang jarang-jarang dilakukan jadi saya nak simpan dalam "mummylife" nie ,..boleh tengok sampai bila-bila....satu hari nanti ianya ditatap sebagai kenangan.....Aktiviti menembak ini telah diadakan pada 10.12.2011 tapi aku tak join dia orang menembak hanya sebagai penonton aje...dah lama tak pegang pistol...eee...tak boleh lain kali ajelah ,tambahan aku nie cepat gementar sikit kalau dengar bunyi tom..tom...mulalah dup...dap...dup...dap. Kawan-kawan aku yang dah expert aje yang masuk menembaknya.Acara nie sebenarnya diadakan untuk memenuhi aktiviti kunjungan isteri pengarah KDN /KA kerana dengar khabar dia minat menembak.Lebih kurang kol 12.00 acara nie selesai.......












Sunday 11 December 2011

Majlis

Salam semua ,pada 9.12.2011 telah berlangsungnya majlis perasmian Kelab Kem Galing yang telah dirasmiakan oleh Ketua Polis Negara .Boleh dikatakan inilah julung kalinya KPN datang ke kem Galing selalunya majlis-majlis yang diadakan hanya dirasmikan oleh Komander Briged Tenggara aje.Majlis perasmian telah diadakan pada sebelah pagi bermula jam 8.00 a.m. Pada majlis tu, sempat jugalah saya rakamkan gambar-gambar untuk dibuat kenangannya.....dibawah nie ada saya paparkan lepas nie bolehlah tengok. Majlis telah berlangsung dengan penuh gilang gemilangnya , semua warga kem Galing keluar untuk sama-sama meraikannya begitu juga dengan kami sekeluarga.
















Makan2

Hai...bersua kembali....nak sambung cite sikit, lepas majlis perasmian tu pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam pulak dinnerlah tu....My hubby turut dijemput sama aku apa lagi tumpang sekakilah he..he..nasib baiklah dah ada baju yang nak di pakai kalau tidak pokailah nak cari yang baru pulak, bukaknya apa nak ????.....Majlis bermula jam 8.00 mlm dengan ketibaan para pegawai kanan ,pegawai-pegawai pemerintah dan dif-dif terhormat. .Sempat jugaklah kita klip-klip malam tu ...ada kat bawah nie....




















Pada malam tu juga setiap formasi-formasi dikehendaki membuat persembahan .Sempat jugaklah kita klip-klip....



Persembahan dari Batolion 8:



Persembahan dari Batolion 7:


Persembahan dari Batolion 9:


Persembahan dari IP Briged Tenggara yang gempak ,tak kering gusi dibuatnya :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...