rama...

rama...

Monday 6 February 2012

puding raja...

Salam semua....pejam celik ,pejam celik bulan Januari dah pun  berakhir sekarang dah masuk bulan Feb...kejap aje masa berlalu. Oklah .. hari nie ada cerita best nak aku kongsikan disini..tentang puding yang sohor di negeri Pahang nie...rasa-rasanya semua orang tahukan...apa lagi puding rajalah.Sebelum nie aku asyik dok beli aje, bila rasa dah lama tak makan....tapi hari ini aku dah berjaya membuatnya dengan air tangan aku sendiri...he..he..bertapa happynya hati nie...Dengan bantuan internet inilah aku berjaya mendapat resepi puding tersebut. Sebelum nie aku dah search dalam google tapi ia tak berapa menepati citarasa aku .Lama jugelah dok researchnya ...barulah dapat resepi yang aku rasa ok. Aku rasa ramai dah yang try buat puding nie...jadi hari nie giliran  aku pula yang nak mencubanya..Dibawah ini ada aku copy dia punya resepinya...harap dihalalkannya....sumber : Portal Majlis Daerah Pekan.

Bahan-bahan
  • 4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
  • 1 cawan biji gajus – digoreng
  • 2-3 genggam urat emas/jala emas
  • 200g buah prun – dipotong empat
  • Buah ceri merah/hijau
  • 2 sudu besar minyak sapi*
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
  • 1 tin (410 g) susu cair/sejat
  • 3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • Daun pandan – disimpul
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 1-2 cawan gula (ikut rasa)
  • Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat 
Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.


    Ok...jadi inilah hasilnya...aku ikut satu persatu langkah-langkah diatas, cuma jala mas tu aku dah beli yang dah siap dah..senang sikit.....anak teruna dah tak sabar-sabar nak trynya..tengok-tengok dah berlubang kat tepi...nie tak de orang lain yang punya kerja...
    Belum sempat ibunya nak posing-posing puding tu....begitulah gelagak anak teruna aku ....














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...