Resepinya ada kat bawah...disamping tu menu tambahnya...sayur goreng campur gan tofu ikan....sedap....
Ikan Siakap Kukus Nyonya
Bahan-bahanya:
(dikisar)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
9 cili kering
1 btg serai
belacan bakar
(perasa)
2 s.b sos tiram
1 s.b cili kisar
1 s.b sos tomyam
3 s.b air asam jawa
garam & gula
Cara-caranya: (nie aku punya cara malas nak copy dlm buku tapi sama aje...)
Ikan di sapu garam dan dikukus. Spls tu masukakn bahan yang diblender ditumiskan sampai naik minyak..dan masukan bahan perasanya..Ikan dah masak di cucurkan atas ikan kukus itu.....ok...
Sayur Goreng Tofu Ikan
resepi: mummylife76
1/2 btg kobis panjang - potong memanjang
1 btg lobak merah - potong memanjang
2 ulas bawang putih - diketuk
1 peket seafood tofu ( jenama Mushroom)- ambil 1/2 dipotong 2
1 s.b tepung jagung
1 s.k serbuk lada hitam
secubit garam
cara-caranya:
Tofu ikan di goreng kejap.Panaskan kuali, goreng bawang putih sampai garing dan masukkan lada hitam. Masukkan sayur-sayur yang dipotong tadi.Goreng sampai sayur tu nampak lembut. Selepas tu masukkan seafood tofu dikacau .Akhir sekali barulah dimasukkan tepung jagung dan garam.
No comments:
Post a Comment