rama...

rama...

Friday 19 July 2013

siakap stem lagi....

Bulan-bulan puasa nie,asyik nak tidur aje.Lepas anak ke sekolah ,ayahnya dah keluar kerja...maknya cepat-cepat ambil bantal nak sambung tidur...he..he...Nie biasalah bagi surirumah macam aku..kalau yang kerja rasanya tak dapat nak buat cam nie. Kejap aje buat tahit matanya 20 minit dah cukup..tenaga pun dah kembali ..bolehlah nak sambung buat kerja rumah yang terbengkalai tu. Panjang pula aku dok bercerita pasal tidur nie..sebenarnya hari nie nak buat masuk masakan yang aku buat petang semalam..dah lama tak buat stem .Jadi semalam kami sekeluarga berbuka dengan stem ikan siakap .Resepi nya sama aje yang aku buat dulu-dulu cuma ada tambah bawang putih jeruk aje.Nak bagi rasa masam manis sikit dalam kuah stem tu. Tapi stem nie juga aku taruh air banyak sikit ,sebab puasakan..tak de kuah tak berapa best nak makan rasa nak tercekek.oklah resepinya aku copy yang hari tu punya...jom layannnnn..





Ikan Siakap Stim  

resepi: mummylife76

Bahan - bahannya:

1 ekor Ikan siakap - sederhana

1/2 biji bawang besar - dimayang

1 cm halia - dicincang halus

3 biji cili padi

3 helai daun limau purut - dihiris nipis

1 btg serai - dititik

2 s.b jus limau nipis

2 s.t gula

1 s.b kicap ikan

1 s.b minyak

1/2 cawan air

pasli cina                 

bawang putih jeruk  



Cara-caranya:

Ikan dibersihkan .Ambil kesemua bahan tadi digaul rata. Selepas itu dituang ke atas ikan. Kukus ikan dengan api besar sekurang-kurangnya 10 minit . Selepas itu bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...