rama...

rama...

Tuesday 22 July 2014

ketam goreng berempah

Sudah seminggu puasa berlalu, dah berapa resepi yang aku buat tak sempat nak upload dalam nie.Tapi untuk masak ketam nie apa cara sekalipun aku akan masukkan juga. Bukan apa kalau ada sapa-sapa yang bekenan nak tukar menu ketam tu...lehlah ambil kat sini. Aku sedekahkan aje..nak buat pahala bulan-bulan puasa niekan...senang aje. Nie resepi nya...jom layannnnn......maaflah ya...gambarnya dah terdelete tak sempat nk masuk dalam nie....

Ketam Goreng Berempah
Resepi asal: ku yah

Bahan-bahannya:
1/2 kilo ketam segar
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
9 biji cili kering / cili merah *
1/2 inci halia *
2 s.kecil rempah kari
1 biji telur
1 cwn air
daun kari
garam
gula

Cara-caranya:
Basuhkan ketam lepas tu toskan. Tumis bahan yang telah diblander ( * ) tadi sampai  garing . Masukkan daun kari dan rempah yang telah dibacuh dengan air . Tumis sampai pecah minyak dan berbaun wangi.Selepas itu pecahkan telur dalam tumisa tadi, kacau hingga menjadi pekat. Rasakan dengan garam dan gula. Lepas tu lehlah dimasukakn ketam.Ketam tu kalau nak digorengkan dahulupun tak apa. Tapi yang aku masak nie dimasukkan begitu aje tak gorengnya. Dah masak bolehlah dhidangkan...Siap...Mudah dan ringkas aje...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...