
Selamat Hari Raya - Saloma
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia
Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun
( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya !
Diatas tu adalah lagu favorite aku sepanjang bukan ramadan. Boleh katakan tiap-tiap hari lagu ini berkumandang untuk menyegarkan halwa telinga ku he..he.. Hari nie merupakan hari last umat islam berpuasa. Menjelang hari esok, syawal kan menjelma. Selamat tinggal Ramadan Al-Mubarak semoga tahun hadapan masih ada lagi ruang waktu untuk bertemu semula . Insayaallh...
Walaupun pada tahun ini kami sekeluarga tidak berkesempatan menyambut raya pertama bersama-bersama kaum family kat kampung kerana tuntutan kerja Cik Suamiku. Biasalah tu..kan..Cuma anak aku aje yang bising tak puas hati....nak juga balik raya kat kampung atuknya..Katanya raya kat sini tak bestlah...biasalah budak-budakkan Sememangnya malam raya tu yang betul-betul seronok ,tak kata kat anak aku, maknya pun rasa gitu jugak .Tapi kasihan kat Cik suami ku kenalah kita semua menemani dia raya kat sini..Selepas semuanya selesai kat sini barulah kami akan bertolak balik kampung ....oklh..Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir Dan Batin.....
No comments:
Post a Comment