Pejam celik..pejam celik dan sampai dipenghujung tahun 2017 sekejap aje rasanya .Tahun 2017 emmm...ada azam yang belum tercapai lagi ,gitulah setiap tahun..azam tahun lepas kita bawa ko tahun baru nie pula..betulkan hi..hii anda camana supo dok gan aku..Jangan tipu tak baik tauuu...
Rasanya tahun nie aku dah boleh mengemaskan balik rumah usang nie..tahun baru nie aku dah tak sesibuk cam dulu.Sakarang dah banyak duk memerap kat rumah .Dapatlah isi masa gan mengemas rumah nie, barulah menjadi ..Seindah Mentari. Dalam dua tiga tahun lepas '"kube lana'' orang kg aku kata,dalam nie...kejap ada kejap tak ada.
Harap-harap tahun nie ada idea-ida yang segar boleh diletakkan dalam nie .Biar napok lawa sikit rumah aku dan berharap juga akan ada sudi singgah kejap dalam ''Seindah Mentari''.Walaupun blog nie tak lah sehebat blog2 lain tapi aku harap ada yang sudi menjamu selera didalamnya. Dalam nie hanya cerita-cerita sekitar kehidupan harian ku yang tak berapa glamour tapi nak jadi glamour...hii.hii. Sekurangnya dengan menepek disini dapat menghilangkan stress dalam kehidupan seharian...betul dok...betulkannnnn...
Sebelum menutup tahun 2017...aku banyak kehilangan kawan-kawan seperjuangan.Sedih tak dapat nak kata...Ada kawan yang nak pencen,ada yang bertukar dan termasuklah diriku juga menghabiskan akhir tahun dengan kesunyian...menunggu giliran akan dibuang kemana selepas ini. Kami ikut saje kemana Ayah (dalingku) akan pergi...sedih pulok rasanya...tak pelah tolong abaikan petikan ini ye...
Memori sepanjang 2017.. nak tepek sini buat kenangan...
bersama big boss yang sporting...
bersama kawan-kawan...
bersama2 kawan-kawan seperjuangan...miss u so much...
bersama big boss yang sporting...